Friday, September 5, 2008

Ramadhan hari ke 5


Ramadhan sudah 5 hari berlalu…hari ni Jumaat cuti anak murid aku 5 orang datang umah ..aku minta tolong budak-budak tu pasang frame…banyak frame yang belum tergantung…tulah yg arwah tak sempat nak gantung..pelajar aku tu tingkatan 5 …alah tak banyak frame yang digantung..lambat sikit nak drill dinding…tapi tak pelah yg penting berseri jugak ruang tamu umah aku nih…

Eihab pula pukul 8 pagi dah sibuk nak minum susu dia dan makan biskut…aduh aku ingat nak ajar dia puasa sampai petang sbb ari nih cuti…nampaknya tak berjaya…aku pujuk dia puasa sampai tengahari…agaknya kalau kat taska dia dengan kawan-kawan puasa boleh bertahan sampai kul 12 atau 1….aku pujuk dia bertahan sampai kul 12…pukul 12 terus dia minum susu dan air soya..makan biskut…tak tau lah esok ari Sabtu camana pulak….setakat nih puasa sampai kul 12 atau 1 je..tiap hari..

3 comments:

Anonymous said...

aslkm....ok la tu eihab dah mula belajar nak puasa, anak aku haziq ni dah umur 4 thn masih belum nak puasa lg, tiap2 hari bgn waktu shur tp x nak mkn takut nanti kena puasa, xmcm k long dia umur 5 thn dah bpuasa 27 hari....tabahkanlah hati menghadapi semua dugaan, setiap yang berlaku ada hikmahnya, azam dah dapat baby boy hari ni, dah tau ke......salam ramadhan dr rhozisham, fadilah & keluarga.....

Anonymous said...

Salam..

Waa.. tak penah bagitau pun ada blog.. udah lama menulis ropa2nya.. hmm.. tahniah! Semoga terus tabah dengan rahmat Allah yang melimpah ruah. Wassalam.

sikinisma said...

Terima kasih atas kunjungan..dan selalulah singgah blog nih...moga yg kejarakkan yg jauh dapat didekatkan...insya allah!

cikgu rhogi n kak fadhilah..
sama-sama latih anak berpuasa yer..tahniah dah dapat baby dah 3 bulan kan..haritu ada sms k.fadilah salam ramdhan ...

ustaz ..
sekarang baru sedia lunch blog nih..tulis saje-saje..tah apa-apa..syukran!