Wednesday, October 29, 2008

Antara Cinta dan Suka...

ANTARA CINTA DAN SUKA

Di hadapan orang yang kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita SUKA, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita CINTA, musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita SUKA, musim itu cuma berangin sahaja…

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita CINTA, kita akan
kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita SUKA, kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita CINTA, lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita SUKA, lidah bebas berkata apa sahaja…

Di depan orang yang kita CINTA, kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita SUKA, kita akan tunjukkan imej yang sebenar…

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita CINTA…
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita SUKA…

Bila orang yang kita CINTA menangis, kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita SUKA menangis, kita akan turut membuat dia gembira…

Perasaan CINTA bermula dari mata,
Perasaan SUKA bermula dari telinga…

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA…
Umpama kita membuang telinga kita

Tapi jika kita cuba menutup mata…
CINTA berbuah menjadi airmata.

Bila berjauhan dengan orang yang kita CINTA, hati sentiasa ingat dan dekat.
Bila berjauhan dengan orang yang kita SUKA….kadang kala ingat, kadang kala lupa, malah tak ingat langsung pun ada.

Setiap orang akan mengalami perasaan ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama.

Siapa yang kita CINTA ?
Siapa yang kita SUKA ?


sekadar ambil dari blog org...dan sekadar renungan buat anak didik ku yang terkeliru dalam debaran SPM 2008

Tuesday, October 28, 2008

Syawal menutup tirainya..

Agak lama aku tak menulis panjang-panjang dalam blog ni…tah lah…minggu ini agak memenatkan ..tak sempat nak up date blog atau ..uat kerja lain...mula mula adik aku Ain dari Kuantan datang bercuti hari Jumaat hingga Isnin…meriah sikit kat umah aku !

Tiap hari pergi bandar je...Jumaat pi Giant & Maidin ..beli barang-barang rumah...nasib baik ada Ain ..boleh ler layan Eihab ngan Einas...kalau tak de Ain..ampun dan maaf aku nak pi Giant ngan bebudak nihhh...

Sabtu pulak jumpa Tok Bah kat Batu Buruk ..dia kursus imam kat Grand Cont Kuala Terengganu...makan makan kat Batu Buruk...

Ahad pulak aku sekolah.....kat sekolah kena siapkan borang Sasaran Kerja Tahunan...borang kokurikulum pelajar...soalan Sivik Tingkatan 2 lum siap...ada satu lagi surat berhenti pelajar aku.. pun lum siap..!!

Lepas sekolah pi Kuala Ibai umah mak cik Leha...abah aku kat Muar kirim kueh raya lagi..hehe bagus jugak sbb untuk hari esokkk....

Hari Isnin cuti Depavali …anak murid aku kelas 5 Sastera 1 datang ke rumah aku…aku tak masak banyak pung cukuplah nasi ayam..hehe ..dan jugak bihun ..kueh raya yang abah kirim banyak apa...kerepek pedas...kueh tart..semperit...

Awal pagi aku hantar Ain balik ke Kuantan di bus stand Bandar Terengganu..Dia naik bas pukul 10…lepas tu aku balik ke rumah budak budak tu dah ada kat simpang jalan..aku terus ambik budak-budak tu..ada 10 orang…ni baru first round yang perempuan sahaja…Tengoklah gambar-gambar budak-budak nih…

Mula –mula yang perempuan tak nak balik lagi..tapi aku dah janji kat pelajar lelaki suruh datang lepas Zuhur…yang perempuan nih abis makan berapa kali round tah..hehe…lepak- lepak kat umah aku..sampai tertidur


Akhirnyaa aku hantar budak budak perempuan ni kat pasaraya Seri Intan dan..budak lelaki pun serbu umah aku..tengoklah gambarnya..macam dah jadi umah dia pulak...sabar jelah aku...tapi budak-budak ni bagus siap cuci pinggan mangkuk lagi..heheh...Lama dah nak datang umah aku tapi aku asyik bagi alasan yang banyakk.umah aku bukan ada orang...tapi tak pe lah akhirnyaa sampai jugak kat umah aku anak-anak didik aku tingkatan 5 yang nak exam SPM 2 minggu lagi...


Akhirnya berakhir sudah kisah makan makan ..gambar-gambar bulan Syawal......Syawal akan menutup tirainyaaa..berdoalah kita agar kita ditemukan di Syawal akan datang...Amin!

Thursday, October 23, 2008

Makan makan sedunia SMKDG !


Minggu ini pun penuh dengan hari makan sedunia...kelas tingkatan 5 buat jamuan akhir tahun .Hari Rabu tu kelas 5 Efisyen...sila lah tengok anak-anak murid aku nih..Kelas ini merupakan kelas Sains Tulen yang akhir.


Jamuan Raya Bilik Guru...guru-guru bawa makanan sorang sedikit ....banyak jugak makanan...meriah jugak !























Jamuan Akhir Tahun & Aidilfitri 5 Sastera 1 ...meriah sungguh anak-anak muridku ini bekerjasama menjayakan majlis...pelajar lelaki pun beri kerjasama yang bagus..walupun lelaki hanya 10 orang dan semuanya pemalu...hehe...pelajar perempuan berjumlah 23 orang dan semuanya banyak cakap...dan ceria !

Sunday, October 19, 2008

Majlis Khatam al-Quran dan Sambutan Aidilfitri


Hari ini Majlis Khatam al-Quran dan Sambutan Aidilfitri di adakan di sekolah….Majlis bermula jam awal 9 pagi dengan pertandingan nasyid ..dan khatam al-Quran .

Majlis Khatam ini diadakan bersempena tamatnya bacaan al-Quran dan terjemahan yang sering dibaca oleh pelajar setiap hari di perhimpunan pagi.Pelajar yang khatam ialah pelajar yang bergilir-gilir membaca pada tiap hari sepanjang tahun ini.Ini adalah perkara baru bagiku..kerana setiap pagi halwa telinga didengarkan dengan bacaan berlagu al-Quran dari pelajar di sini.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pula diadakan dengan agenda utamanya ialah makan –makan…disamping mengerat ukhuwwah diantara para rakan guru ..pekerja sekolah…dan pelajar...silalah tengok gambar mana yang ada...

Saturday, October 18, 2008

Kasihan kat Einas..


Aku balik Jertih pagi Jumaat…anak-anak aku tido dalam perjalanan…Badan Einas agak panas tapi dia tak meragam langsung…Sampai kat umah tok bah…badan makin panas..tapi dia main je…
Menjelang petang…aku bawa pi klinik…aduh ari nih kan Jumaat ada klinik yang tutup..doktor tak de …ramai org…akhirnya pi jumpa doctor Iqbal !

Macam pernah tengok awak…? Biasa datang sini ke?
Tak lah doctor..saya dok Terengganu…
Tapi muka awak macam saya kenal…ada kakak ke selalu datang sini…?
Laa Doktor tak ingat saya ke ? saya menantu Ustaz We lah...kan doktor selalu pi umah cek arwah suami saya..
Oh ye..patutlah macam biasa tengok awak...
Doktor tu cek Einas...nampaknya kena masuk ubat kat punggung...

Malam tu tido nyenyak sekali dia..aku letak coolfever dan lap badan dan kepala ngan air campur bunga raya..
Pagi dia bangun awal pukul 5.30 pagi..dah tak panas...main-main je...bila kul 9 dia mula meragam , tak nak makan , nangis je kalau aku tinggal dia...nak isap susu badan je...letih aku!

Ya Allah.. permudahkan aku pulang ke Bukit Payong !
Dalam kereta dia tidur sampai lah ke Bukit Payong...tak meragam langsung dalam kereta Allhamdulillah..

Wednesday, October 15, 2008

Bercampur baur...

Dua tiga hari ini aku agak malas sikit….bukan malas…tapi malas lah jugak…mood pun tak de…bosan pun yer…Kenapa yer..?

Bosan…

Mungkin sebab minggu nih minggu exam PMR…guru pun ramai yang pi jaga exam..tak ramai yang ada..ada jugak cikgu pi kursus PTK bagi DG 44 al maklum sekolah nih kan ramai yang dapat 44 …yang muda-muda DG 41 bape ketul je…
Ramai orang maka banyaklah ragamnya….kurang mesra guru-guru kat sini…aku ni kan suka tegur orang..suka senyum kat orang tapi…cikgu sekolah ini suka buat hal sendiri…nyombong pun ada…takkan nak ikut prinsip kau..kau aku..aku…tah lah…
Ada satu tu aku ingat aku ada uat salah kat dia…yerlah bila kita senyum dia..tak pandang..tegur jauh sekali…tapi..ramai dah orang dok umpat…memang macam tu perangainya…so nak buat camana..ntah lah !
Kalau aku kat sekolah lama dulu ..tak kira cikgu pempuan ke lelaki memang suka tegur menegur..ramah tamah…ikatan ukhuwwah lebih erat…lebih mesra..tapi tu kenangan dulu..sekarang ni lain tempat lain orangnyaa..

Tension…

budak-budak PMR tengah exam…yang nak SPM pun tak sedar diri lagik ada berapa hari lagik…aku je sibuk bising ..nasihat kat budak-budak nih…tapi macam tu jugak…dah lah kena suap tiap hari…dah lah soalan-soalan negeri atau SPM tahun dulu-dulu aku yang cari dan beri…jawapan pun tunggu aku yang beri…tak retilah budak nih..!!

Penat…

Penat sekolah..kelas tambahan lagi…balik sekolah pukul 3 tiap hari….kalau ada kelas tambahan kul 4.30 lah..lagipun aku puasa…
Lagi satu ramai tamu yang datang umah petang-petang ..walaupuan Cikgu Rogi kata raya kat Kelate ngan Terengganu tak semeriah kat Johor tapi…ada lagi yang datang beraya..kueh raya pung ada lagi kat umah aku nihh…al maklum kueh import dari Johor..hehe…
Kak Wook datang ngan Norizan serta anaknya …Abg Jeff datang nak betulkan pintu bilik air..baiki mangga pintu….jiran sebelah Kak Roza pulak datang beri sira pisang…
Nisa anak jiran satu lagi datang tiap malam dari kul 8 ingga kul 9 untuk belajar dengan aku…aku ajar mana yang aku boleh ajar..tak kiralah subjek apa..Math boleh..English pun boleh…Pendidikan Islam…Sciences je kureng sikit sbb dalam English..tak pandai dengan istilahnya…tapi kalau orang datang nak mintak aku ajar al Quran…aku tolak…tah lah aku tak pandai sangat nak ajar….kalau budak-budak kecik tu oklah jugak..tapi kalau dewasa aku lum sanggup..aku sendiri pun perlu belajar lagi ngan orang lain…dulu ada budak UIA datang nak belajar ngan aku Usul Fikh kitab Fikh Islami…hanya 2 ..3 kali je…sebab aku tak pandai lahh tu bukan bidang aku….tu bidang arwah suami !!

Malas…

Ini mungkin paling tepat….untuk mengambarkan situasi aku sekarang !

Sunday, October 12, 2008

Sepetang yang menjengkelkan...

Pagi ini aku sekolah macam biasa...insya allah aku puasa ari ni..Ya Allah permudahkan urusan hari ini...time aku puasa ramai pulak yang ajak pi makan raya..orang pejabat buat makan raya..bilik kesihatan pun sama...bukan rezeki aku !
tak ingat pulak aku kena buka akaun bank pertanian atau nama barunya Agro Bank..untuk baucer tuisyen Perkasa..aku bajet ari ni WAJIB pi bandar atau Marang utk bukak akaun.

Alamak ada mesyuarat pulak kul 2...harap-harap kejap je...aku nak pi bandar! Mesyuarat untuk Majlis Hari Raya minggu depan dan jugak Kursus Dalam Perkhidmatan di Kuantan...tah lah sapa yang kena pi Kuantan tu...kalau aku yang kena pi camana? Nak bawak Eihab ngan Einas...kalau bawak sapa nak jaga dia masa ada program...? nak bawak pengasuh atau suruh Ain kat Kuantan tolong jaga..??? Nak pi ngan apa Kuantan tu...nak naik bas ke..sama dengan bas sekolah macam cikgu lain? Einas mana boleh naik bas...dia kan perlu ruang luas..tak reti duduk dian..?? Naik kereta sendiri..aduhh..sapa nak drive?? Aku ke...? Budak berdua camana..? 2 jam nak sampai Kuantan ...boleh ke drive!
Nak tinggal Einas ngan Eihab ngan pengasuh?..ehhh boleh ke..? Einas kan masih menyusu badan..malam-malam tido isap susu badan..sedih rasa kalau tinggal Einas..Ya Allah ..aku harap aku tak de dalam senarai ke Kuantan!

Abis mesyuarat aku cepat-cepat punch kad...drive kete ambik Eihab..bisingnyaa mulut dia tanya nak pi mana..? uat apa nak pi bandar? Macam-macam lah...
Sampai bandar 2 kali aku pusing cari parking...allhamdulillah ada parking..aku letak kereta pi Maybank dulu..hajat hati nak ambik pencen arwah nak masukan dalam Tabung Haji budak-budak ni...kan Tabung Haji sebelah Agro Bank...sempat ke??

Opss...pelanduk 2 serupakah???
Macam aku kenal..tapi takut silap org...
DIA pung tertengok-tengok aku..tapi aku buat-buat tak nampak..!!
Adoi...buat apa kat sini..
kan DIA kat KL...
ehh bukan kot!!
Takkan pindah sini...nak buat apa pulak..?
Jejak kasih aku ke..? uikk...simpang lerrr !!
Jauhkan...Ya Allah !!
Kalau ye pung KO nak buat apa..??
nak sibuk-sibuk tanya kabar..nak ramah tamah...??
Alah...org tak tanya kabar kita...
tepon pun tak..sms yang termurah tu pun jauh sekali..
Abaikan lah....forget about it!!!!
Lagipun KO sapa...DIA tu sapa?? Kalu betul lahh itu DIA !!!

Kat Argo Bank...ini Agro Bank Kuala Terengganu...tapi ya Allah...aku rasa nak BAKAR je Argo Bank ni...aku masuk kul 3.15 isi borang...siap ambik nombor dapat giliran 1168...aku tengok ada 20 orang sebelum giliran aku..kaunter ada 4 ..tapii lembab..lemban...sakitttt hati aku..SABAR! Puasa kan..
Giliran aku sampai kul 4.45 ..yeah..sampai giliran..
aduhhh..kat kaunter pulak..tak ramah tamah...senyum pung tiada
- yang org tak suruh isi janganlah isi- pandai-pandai pulak!
Geram rasa..kalau kerani kaunter tak pandai berbahasa...senyum pun takk..
aku tunggu punya lama...dalam kepala fikir bila nak siap urusan...fikir Einas lum ambik...sempat ke balik awal..takut susahkan pengasuh Einas..lambat balik ambik Einas..
Cepat-cepat aku pergi dari kuanter tu..bila siap..walaupun aku geram..sakit hati...sakit jiwaaa..aku tetap ucap terima kasih kat dia..
Harap muka je lawaaaa..tapi tak pandai berbahasa..Sumpah aku takkan jejak Argo Bank ..kalau jadi macam nihh...ini pun sebab baucer tuisyen tu..SABAR!

Aku terus balik sebab selesai kul 5.20 petang...
Kesian kat Einas - umi ambik lambat! Einas kan comel...busuk-busuk umi...yeah !! Anak-anak jua mententeramkan jiwaaaa..

Friday, October 10, 2008

Jumaat yang cuti...


Jumaat cuti…aktiviti hari ini nak kemas rumah..mula –mula kena bersih kat luar umah dulu..pah tu basuh kereta….alah basuh sikit-sikit je…kat dalam rumah pulak bukan banyak sampah sbb tak de orang kan..aku ngan budak dua ni je..tapi habuk le …semua bilik-bilik dibersihkan ..aku sapu…vacuum…Einas asyik meragam je takut bunyi vacuum tu…siap semua makan time!

Agenda seterusnya…pukul 2.30 ada umah terbuka adik praktikal kat sekolah aku Hidayah dan Jamaliah…umah dia kat Marang…masak nasi minyak…ewah-ewah Eihab ngada-ngada pulak dok umah orang…nak Ceria lah…nak makan tu lah ..ini lah…gerammmnyaaaaa…
Terima kasih duit raya…Mok Yah..n Mok Jem!!

Lepas tu aku pi Kuala Ibai…umah mak sedara…ehhh ada mak sedara ke kat sini ke? Aku kan ada mak baru…makcik aku tu ada kakak duduk menetap kat Kuala Ibai ini…Pi beraya kejap je…Eihab dan Einas tido dalam kereta…

Aku cepat-cepat pulang ke rumah…ada tamu datang! Ct Fazalah , suami dan anaknya Alif…kawan mengajar di sekolah lama di Johor. Lama betul tak jumpa..kali terakhir jumpa masa di datang melawat masa arwah suami meninggal.
Keluarga kak Wook pula datang berziarah…dia kawan satu sekolah arwah di SK Bukit Payong…aku dan anak anak aku dah biasa dengan keluarga dia..kak Wook pung suaminya meninggal ada 4 anak…tapi dah besar-besar…dia lebih bernasib baik sebab duduk dengan keluarga dia…aku ni tak bernasib baik ke?? Sabarlah…ada hikmahnya!

Malam - Ayat –ayat Cinta apa kah itu..? Buku cerita…? Cerita filem…?

Tuesday, October 7, 2008

Kembali...



Persekolahan selepas cuti Aidilfitri..masing-masing dalam mood raya…bukan pelajar je ..guru-guru pun sama…Ahad tu ada jamuan Aidilfitri makan nasi dagang dan nasi minyak…kueh raya ada lah jugak..yang aku peningnya pelajar-pelajarnya ramai yang sambung cuti…kalau tingkatan 1 ..2 tu tak pelah jugak ..nih tingkatan 5 yang nak SPM sebulan lagi tu .Kelas aku sahaja 22 pelajar tak hadir berbanding 11 je yang hadir..bayangkanlah betapa pemalasnya budak-budak ni…dah lah sebulan lagi nak periksa SPM…
Semalam aku masuk kelas dia..aduh ! Kerja sebelum cuti pun dia tak siapkan lagi…nak buat camana agaknya…nak aku marah dah beso...!! Sabar jelah…aku bagi last warning kena siap semua kerja minggu depan sbb aku nak beri kertas percubaan SPM negeri lain pulak…
Hari ini…ada Majlis Penyerahan Buku Rekod Percubaan SPM ..pelajar aku lebih separuh ibu bapanya datang ..Tahniah kepada ibu bapa yang bagi kerjasama untuk kejayaan anak-anak…hanya sebulan sebelum SPM..yang penting sekarang kena giatkan usaha yang terakhir..dorongan sokongan ibu bapa dan guru…doa ..serta tawakkal insya Allah!

Monday, October 6, 2008

Syurga-Mu

Segala yang ada dalam hidupku…

Kusadari semua milikMu…
Kuhanya hambaMu yang berlumur dosa…

Tunjukkan aku jalan lurusMu…
Untuk menggapai surgaMu…
Terangiku dalam setiap langkah hidupku…
Karena kutahu hanya kau Tuhanku…

Allahu Akbar…Allah Maha Besar…
Ku memujaMu disetiap waktu…
Hanyalah padaMu tempatku berteduh…
Memohon redha dan ampunanMu…

Allahu Akbar…Allah Maha Besar…
Ku memujaMu disetiap waktu…
Hanyalah padaMu tempatku berteduh…
Memohon redha dan ampunanMu…

-UNGU- ..Ungu tu apa..? sekadar ambik dari blog org..

Friday, October 3, 2008

Coretan Aidilfitri...


Aidilfitri menjelma...moga kita masih berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah setelah Ramadhan meninggalkan kita pergi...
Bagi aku ini kali pertama raya tanpa suami tersayang...kali kedua raya tanpa mak yang aku kasihi ...kali ketiga raya tak balik kampung halaman sendiri di Muar..kalau orang tanya kenapa tak balik raya Muar...ntah lah aku bagi alasan cuti raya pendek...puasa yang banyaknya raya cuma 4 hari....tapi yang sebetulnya aku mungkin banyak berkorban untuk kepentingan orang lain...untuk kemudahan orang lain..berkorban untuk anak-anak...biarlah raya ini di Jerteh umah tok anak-anak aku...lagipun pagi raya nanti boleh pi kubur arwah suami...dan lagi...umah tok dia tak de sapa raya ini kat sini kak ipar kat Sabah tak balik beraya..yang ada adik ipar tu je lah..mungkin tahun depan raya kat Muar..lagi pun cuti sekolah akhir tahun ini aku balik Muar ..

Pagi Aidilfitri pergi ke kubur lepas solat sunat Aidilfitri...syahdu rasa tapi aku bertahan..tabahkan hati dan perasaan ini...6 bulan sudah arwah meninggalkan aku dan anak-anak..
Pagi tu makan nasi minyak ...rasa rindu nak makan ketupat nasi ..sayur lodeh ..rendang ..masakan Johor tapi...sabar jelah nanti Aidiladha raya di Muar bolehlah aku makan..hehe...lepas tu pergi umah nenek ada aqiqah anak pak sedara..tak banyak aktiviti yang dibuatnya raya pertama ni...

Syawal kedua ...aku pi ziarah kak Illah ngan suaminya Hafsham..tengok baby kedua lelaki...dah lama nak pi tengok baby dia tapi tak sempat je ..kemudian Cikgu Rozisham dengan kak Fadilah pun datang berziarah dirumahnya...dapatlah berjumpa kawan lama yang pernah mengajar satu sekolah sekarang masing-masing telah berpindah Jertih dan Pasir Mas...banyaklah jugak cerita yang dapat dikongsikan...

Syawal ketiga..penat rasa hari ini...pagi-pagi bertolak ke Kota Bahru...jalan jem ..kereta berbaris memanjang...aduh..macamana aku nak balik ke Terengganu esok...Perjalanan pagi ini ke Pulau Gajah...umah anak beranak Tok Bah...ada kenduri kawin..Eihab asyik berperang je ngan Baihaqi...aduh penat rasa...malam pulak makan Chicken Chop kat umah Makcik Eli...masakan orang Perak..!

Esok pagi aku akan pulang ke Bukit Payong...doalah agar anak-anak aku tak meragam dalam perjalanan balik..dan tiada kesesakan jalan raya Amin!