Sunday, October 19, 2008

Majlis Khatam al-Quran dan Sambutan Aidilfitri


Hari ini Majlis Khatam al-Quran dan Sambutan Aidilfitri di adakan di sekolah….Majlis bermula jam awal 9 pagi dengan pertandingan nasyid ..dan khatam al-Quran .

Majlis Khatam ini diadakan bersempena tamatnya bacaan al-Quran dan terjemahan yang sering dibaca oleh pelajar setiap hari di perhimpunan pagi.Pelajar yang khatam ialah pelajar yang bergilir-gilir membaca pada tiap hari sepanjang tahun ini.Ini adalah perkara baru bagiku..kerana setiap pagi halwa telinga didengarkan dengan bacaan berlagu al-Quran dari pelajar di sini.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pula diadakan dengan agenda utamanya ialah makan –makan…disamping mengerat ukhuwwah diantara para rakan guru ..pekerja sekolah…dan pelajar...silalah tengok gambar mana yang ada...

No comments: