Friday, October 10, 2008

Jumaat yang cuti...


Jumaat cuti…aktiviti hari ini nak kemas rumah..mula –mula kena bersih kat luar umah dulu..pah tu basuh kereta….alah basuh sikit-sikit je…kat dalam rumah pulak bukan banyak sampah sbb tak de orang kan..aku ngan budak dua ni je..tapi habuk le …semua bilik-bilik dibersihkan ..aku sapu…vacuum…Einas asyik meragam je takut bunyi vacuum tu…siap semua makan time!

Agenda seterusnya…pukul 2.30 ada umah terbuka adik praktikal kat sekolah aku Hidayah dan Jamaliah…umah dia kat Marang…masak nasi minyak…ewah-ewah Eihab ngada-ngada pulak dok umah orang…nak Ceria lah…nak makan tu lah ..ini lah…gerammmnyaaaaa…
Terima kasih duit raya…Mok Yah..n Mok Jem!!

Lepas tu aku pi Kuala Ibai…umah mak sedara…ehhh ada mak sedara ke kat sini ke? Aku kan ada mak baru…makcik aku tu ada kakak duduk menetap kat Kuala Ibai ini…Pi beraya kejap je…Eihab dan Einas tido dalam kereta…

Aku cepat-cepat pulang ke rumah…ada tamu datang! Ct Fazalah , suami dan anaknya Alif…kawan mengajar di sekolah lama di Johor. Lama betul tak jumpa..kali terakhir jumpa masa di datang melawat masa arwah suami meninggal.
Keluarga kak Wook pula datang berziarah…dia kawan satu sekolah arwah di SK Bukit Payong…aku dan anak anak aku dah biasa dengan keluarga dia..kak Wook pung suaminya meninggal ada 4 anak…tapi dah besar-besar…dia lebih bernasib baik sebab duduk dengan keluarga dia…aku ni tak bernasib baik ke?? Sabarlah…ada hikmahnya!

Malam - Ayat –ayat Cinta apa kah itu..? Buku cerita…? Cerita filem…?

No comments: