Thursday, November 12, 2009

Birthday Einas dan abahnya


sELAMAT hARI lAHIR eINAS yG kE 2 tAHUN dan Suami yg ke 37 tahun

kONGSI KEK DENGAN eINAS...
Ain ...Einas...Eihab..

Sunday, November 8, 2009

Eihab dapat nombor 2 periksa akhir tahun ...


Thursday, October 22, 2009

Keluarga Baru ....

Aidilfitri 2009 Marang Terengganu

Wednesday, February 25, 2009

Cerita Sekolah...

24 Februari 2009

Tarikh ini sekolah aku mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2009. Majlis ini diadakan untuk memberi perlantikan kepada pengawas sekolah …pengawas asrama..Badar ..perpustakaan sekolah dan lain –lain.

Program kedua yang amat menarik ialah Program Aman Palestine yang dibawa khas cawangan Aman Palestine Terengganu . Bermula tayangan video dan cerita berkisar keganasan rejim Isreal terhadap penduduk Islam di Palestine.Sambutan amat mengalakkan dari pelajar…mereka memberi tumpuan sepenuhnya ketika tayangan dan penerangan diberikan yang mengambil masa hampir 2 jam.

Aku memang sudah lama menunggu saat dan detik ini …biar semua orang tahu bagaimana keadaan Palestine sekarang….sebab selalu aku je sibuk bercerita tentang al-Aqsa ..Palestin pada guru dan pelajar di sini….banyak benda yang aku beritahu lebih kurang apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut..Cuma cerita terkini tentang keganasan Isreal dapat aku ketahui dari program ini.

Ada beberapa video yang boleh dikongsi bersama di sini….Moga Allah berkati usaha-usaha kita di samping dapat membantu serta doa berterusan untuk kemenangan orang Islam di Palastine...Allahu Akhbar !




Eihab Demam Panas...

Salam…Nampaknya blog ini bersarang labah-labah je..hehe tak sempat lah nak up date alasan yang biasa aku beri kan..tapi sekurang-kurangnya aku up date dalam seminggu sekali kan..hehe….

Anak aku Eihab demam minggu lepas…demamnya amat kuat..panas suhunya hampir 40’ celcius…selepas maghrib badanya mula panas..mulutnya merah…takut jugak aku kalau panasnya mendadak lebih 40 ‘ takut kena sawan !! Aku ambil air asam jawa ..basahkan tuala ..letak atas kepalanya dan dadanya….sambil aku baca beberapa ayat aku tahu…doa-doa dalam hati agar panasnya turun…aku rasa kakinya sejukkk…Eihab cakap kaki sejukk…tangan sejukkk lalu aku selimutkan badannya…Kala itu mengalir air mata ini…waktu malam-malam anakku demam panas..tak de sesiapa di sampingku…Aku tak nak menyusahkan sesiapa ..jiran ku untuk datang waktu malam…sebab waktu siang aku dah tinggalkan Eihab dengan jiran ku Kak Nah …dia sudah 2 harii tak sekolah..sebab demam…biarlah malam aku yang jaga Eihab….kalau melarat panasnya baru aku panggil jiranku itu…Aku beri Eihab makan ubat…dia baring semula…mengadu sejuk…tak mahu sapu air di kepala dan tubuhnya…sedihhh yang teramat sangattt !!!

Akhirnya menjelang tengah malam panasnya berkurangan …dia tidur dengan baik…Allhamdulillahhh !!

Esok pagi aku tinggalkan Eihab dirumah kak Nah …takut demamnya naik semula ..Memang benar jangkaan aku…hari tu kelas aku baru nak bermula jam 12.30 …kak Nah tepon aku mengatakan Eihab makin panas..terbaring sahaja….aduh macamana ini …aku terpaksa balik…tapi kelas macamana….??

Maka aku serah pada Allah moga Eihab tak larat panasnya….aku pulang awal jam 1 sebelum tamat kelas….tergesa-gesa aku bawak kereta pergi ke rumah kak Nah…susah hati aku ..terbayang Eihab kena sawan !

Sampai di rumah kak Nah ..aku lihat Eihab terbaring tapi Eihab dah mula surut panasnya...tidak merah menyala mukanya ...tapi masih lemah lagi...tidak lama kemudian dia bangun nak makan ...dan minum..sayu hatiku melihat dia...Ya Allah ..syukur aku pada Allah ! .Aku tak mampu nak kata apa-apa…cuma terima kasih kepada yang membantu aku...mungkinkah aku amat menyusahkan dirinya...tapi apa daya aku...!

Sunday, February 15, 2009

Einas Mardhiah sudah pulih....

Makluman untuk semua pengunjung blog..tangan Einas sudah sembuh sepenuhnya...Allahamdulillah syukurku pada Allah ! Tangan sudah boleh memegang ...angkat..dan lain-lain macam sedia kala...namun aku masih berhati-hati al maklum...Einas budak reti duduk diam...dah kecik ..jalan pun bukan betul sangat....tapi aku pohon agar tangannya sembuh ! Moga anak-anakku terus berada dalam sihat sejahtera kuat semangat ..dan bahagia penuh kasih sayanggg di sampingku ! Amin !!

Fitnah Itu Lebih Merbahaya Dari Pembunuhan...


Fitnah Itu Lebih Merbahaya Dari Pembunuhan – ayat 191 surah Al-Baqarah

Ayat itu cukup menggambarkan bahawa jika sesuatu cerita yang kita cerita atau khabarkan pada orang lain tanpa disiasat dahulu dari sumber mana ..siapa yang mengkhabarkannya ..

yang mendengar fitnah pasti percaya dan meluah kemarahan bertubi-tubi tanpa mengira perasaaan orang lain…tanpa menimbang kebaikan yang pernah dilakukan….

yang difitnah pula pasti kecewa..dan kepada Allah diserahkan dan munajat supaya fitnah itu bersih dengan sendiri…namun tindakan yang dilakukan untuk membersihkan fitnah tu disamping dengan dokumen sebagai bukti…tidak disambut dengan baik oleh yang mendengar fitnah tersebut…bahkan…berdegil ..keras tak mahu bertemu muka mendengar cerita sebenar..

Takutkah bila orang yang difitnah itu ingin membetulkan keadaan…atau malukah jika baru tersedar sepatutnya ditimbang dahulu ..dikaji..siasat ..bila dengar cerita orang…namun yang pasti hanya pada Allah kita berserah…Moga Allah permudahkan jalan membebaskan diri mereka yang yang dilanda fitnah !!

Jika orang yang difitnah itu sanggup bersusah payah ..tinggalkan urusan…bawa keluarga sendiri …menempuh perjalanan jauh..semata-mata mahu menerangkan cerita sebenar disamping bawa dokumen sebagai bukti bahawa fitnah itu BOHONG !Dia dipihak yang benarkah !!!