Wednesday, February 25, 2009

Cerita Sekolah...

24 Februari 2009

Tarikh ini sekolah aku mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2009. Majlis ini diadakan untuk memberi perlantikan kepada pengawas sekolah …pengawas asrama..Badar ..perpustakaan sekolah dan lain –lain.

Program kedua yang amat menarik ialah Program Aman Palestine yang dibawa khas cawangan Aman Palestine Terengganu . Bermula tayangan video dan cerita berkisar keganasan rejim Isreal terhadap penduduk Islam di Palestine.Sambutan amat mengalakkan dari pelajar…mereka memberi tumpuan sepenuhnya ketika tayangan dan penerangan diberikan yang mengambil masa hampir 2 jam.

Aku memang sudah lama menunggu saat dan detik ini …biar semua orang tahu bagaimana keadaan Palestine sekarang….sebab selalu aku je sibuk bercerita tentang al-Aqsa ..Palestin pada guru dan pelajar di sini….banyak benda yang aku beritahu lebih kurang apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut..Cuma cerita terkini tentang keganasan Isreal dapat aku ketahui dari program ini.

Ada beberapa video yang boleh dikongsi bersama di sini….Moga Allah berkati usaha-usaha kita di samping dapat membantu serta doa berterusan untuk kemenangan orang Islam di Palastine...Allahu Akhbar !




Eihab Demam Panas...

Salam…Nampaknya blog ini bersarang labah-labah je..hehe tak sempat lah nak up date alasan yang biasa aku beri kan..tapi sekurang-kurangnya aku up date dalam seminggu sekali kan..hehe….

Anak aku Eihab demam minggu lepas…demamnya amat kuat..panas suhunya hampir 40’ celcius…selepas maghrib badanya mula panas..mulutnya merah…takut jugak aku kalau panasnya mendadak lebih 40 ‘ takut kena sawan !! Aku ambil air asam jawa ..basahkan tuala ..letak atas kepalanya dan dadanya….sambil aku baca beberapa ayat aku tahu…doa-doa dalam hati agar panasnya turun…aku rasa kakinya sejukkk…Eihab cakap kaki sejukk…tangan sejukkk lalu aku selimutkan badannya…Kala itu mengalir air mata ini…waktu malam-malam anakku demam panas..tak de sesiapa di sampingku…Aku tak nak menyusahkan sesiapa ..jiran ku untuk datang waktu malam…sebab waktu siang aku dah tinggalkan Eihab dengan jiran ku Kak Nah …dia sudah 2 harii tak sekolah..sebab demam…biarlah malam aku yang jaga Eihab….kalau melarat panasnya baru aku panggil jiranku itu…Aku beri Eihab makan ubat…dia baring semula…mengadu sejuk…tak mahu sapu air di kepala dan tubuhnya…sedihhh yang teramat sangattt !!!

Akhirnya menjelang tengah malam panasnya berkurangan …dia tidur dengan baik…Allhamdulillahhh !!

Esok pagi aku tinggalkan Eihab dirumah kak Nah …takut demamnya naik semula ..Memang benar jangkaan aku…hari tu kelas aku baru nak bermula jam 12.30 …kak Nah tepon aku mengatakan Eihab makin panas..terbaring sahaja….aduh macamana ini …aku terpaksa balik…tapi kelas macamana….??

Maka aku serah pada Allah moga Eihab tak larat panasnya….aku pulang awal jam 1 sebelum tamat kelas….tergesa-gesa aku bawak kereta pergi ke rumah kak Nah…susah hati aku ..terbayang Eihab kena sawan !

Sampai di rumah kak Nah ..aku lihat Eihab terbaring tapi Eihab dah mula surut panasnya...tidak merah menyala mukanya ...tapi masih lemah lagi...tidak lama kemudian dia bangun nak makan ...dan minum..sayu hatiku melihat dia...Ya Allah ..syukur aku pada Allah ! .Aku tak mampu nak kata apa-apa…cuma terima kasih kepada yang membantu aku...mungkinkah aku amat menyusahkan dirinya...tapi apa daya aku...!

Sunday, February 15, 2009

Einas Mardhiah sudah pulih....

Makluman untuk semua pengunjung blog..tangan Einas sudah sembuh sepenuhnya...Allahamdulillah syukurku pada Allah ! Tangan sudah boleh memegang ...angkat..dan lain-lain macam sedia kala...namun aku masih berhati-hati al maklum...Einas budak reti duduk diam...dah kecik ..jalan pun bukan betul sangat....tapi aku pohon agar tangannya sembuh ! Moga anak-anakku terus berada dalam sihat sejahtera kuat semangat ..dan bahagia penuh kasih sayanggg di sampingku ! Amin !!

Sunday, February 1, 2009

Anakku Einas Mardhiah..

Petang Rabu 28 Januari berlaku peristiwa yang mungkin mudah aku lupakan sepanjang hidupku…Allah nak menguji aku lagi di saat kepalaku berserabut memikirkan kata-kata manusia yang aku sendiri tak tahu kebenarannya…Menyesal sungguh aku kalau di ingat kembali apa yang berlaku…

Anak aku Einas terjatuh semalam…bukan setakat jatuh biasa je ..jatuh dan tanganya kanannya hampir selisih tulangnya…kategori patah lah jugak…Kejadian berlaku Asar lepas aku pulang dari sekolah…aku parking kereta dan angkat beg masuk dalam umah…Einas pula berjalan-jalan kat keluar…Aku pergi tengok dia tetiba dia menangis..Ya Allah….terbaring dengan tangisan yang kuat…aku cepat-cepat dukung dia…masuk ke rumah beri susu…tapi dia tetap menangis….tiba-tiba aku tengok lengan kanan dia berdarah…Ya Allah..nak buat macamana…Aku tak tau nak buat camana…tanganya terkulai…dia menangis je….Aku cepat-cepat telefon jiran sebelah umah …malangnya dia ke Kota Bahru….Aduh!!…Macamana nih..Aku pun tepon Mr F…setahu aku dia nak ke Kota Bahru…harap-harap dia lum pergi…ahhhh menyusahkan orang sungguh...!! Dia ada kat Jambatan Sultan Mahmood…dia patah balik pergi ke rumah aku…

Einas menangis je…sakit…kesian sungguh dia..! Mr F sampai ke rumah aku…aku keluar di tangga rumah…dia tengok tangan Einas..harap-harap dia boleh tolong…Jiran-jiran sebelah mula datang bila dengar Einas menangis kuat…Mr F rasa lengan Einas…urut pelahan-lahan…

Ya Allah ..sembuhkan tangan anak aku….

Ya Allah bantulah aku ..tenangkan aku…yakinlah ..Allah akan sembuhkan anak ku…

Proses pengubatan dalam masa sejam bercampur tangisan Einas dalam kesakitan….akhirnya bila Einas senyap tertidur atas riba aku…siap balut tangannya…Mr F kata insya Allah…sembuh !!

Aku masih risau kalau apa –apa terjadi selagi aku tak tengok tangan anak aku mencapai benda…memegang dan lain-lain ..tapi Mr F tetap menyakinkan aku…asalkan tangan tak bengkak ..atau berubah jadi biru…

Malam menjelma…aku amat takut jika anakku tak boleh tido dan menangis je…tapi allhamdulillah….syukur pada Allah…Einas tido lena sekali !


Khamis tu aku cuti rehat…jaga Einas takut-takut apa terjadi…aku bimbang sungguh tangan dia..tapi Einas..Ya Allah .. dia asyik main ..jalan-jalan tak reti duduk diam macam tiada apa-apa...sehingga kini …sudah 3 kali diurut akhirnya tangan Einas insya allah sembuh !

Hari ini…walaupun masih berbalut tapi dia dah boleh angkat tangan …pegang benda ringan..dan dia nak bukak sendiri balutan tersebut..dan timbul rasa gatal-gatal pula…

Allhamdulillahh…aku amat bersyukur …dan amat berterima kasih atas pertolongan yang diberikan.. Munajatku dimakbulkan Allah …memang ku minta petunjuk dari Allah…tunjukkan keikhlasannya…akhirnyaa pertolongan yang dihulurkan itulah jawapannyaaaaa…namun aku masih terfikir lagi...Benarkahkan itu jawapannya bagi munajatku..???