Friday, January 2, 2009

Ucapan...

Belum terlambat rasanya nak ucapkan …

Salam Maal Hijrah 1430
Selamat Tahun Baru 2009

Kepada semua tetamu blog ini tak kira di mana berada..jauh atau dekat..nampak atau tak nampak…
Semoga Tahun Baru hijrah 1430 ..dan 2009 menjanjikan kesejahteraan ..kesihatan ..keazaman…kebahagiaan ..ketabahan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan hidup ini ..Semoga kita dapat memberi menafaat dan kebaikan untuk orang lain…kita hidup bukan hanya untuk diri kita sendiri…

Selamat bertugas semula untuk rakan seperjuangan guru-guru yang akan mula bertugas secara rasmi 4 Januari atau 5 Januari 2009 ini …tapi hakikatnya dah bertugas lebih awal lagi ..semoga Allah berikan ganjaran yang sebaik-baiknya untuk usaha dan bakti yang dicurahkan…Amin

Sebagai satu renungan ..benarkah Allah akan berikan ganjaran kepada mereka yang membantu..meringankan penderitaan…kesakitan orang lain walaupun sehingga memudaratkan diri sendiri …sehingga diri sendiri sanggup mati untuk memberi kebahagiaan kegembiraan atau kehidupan kepada orang lain…
Aku tak mampu nak beritau apa apa lagi..kalau tuan punya diri berprinsip sedemikian….hanya Allah yang mampu memberi ganjaran atas pengorbanan yang dilakukan…

“ JIKA ALLAH MENIMPAKAN SESUATU KEMUDHARATAN KEPADAMU , MAKA TIDAK ADA YANG DAPAT MENGHALANGNYA KECUALI DIA…DAN JIKA ALLAH MENGHENDAKI KEBAIKAN ITU KEPADA SIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKINYA DAN DIALAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG…”

Semoga ada sinar bahagia buat tuan punya diri …walaupun aku sendiri masih belum mampu nak beri sinar bahagia kepada tuan punya diri…Mungkinkah patut aku beri peluang….?
Moga Allah berikan aku kekuatan ..ketabahan ..semangat untuk menangani hati-hati manusia !

No comments: