Saturday, August 25, 2012

Eid 2012 - Ipoh




Sahabat lama...

Raya tahun ni dapat jugak berkunjung di rumah 2 orang sahabat lama sama-sama belajar di Urdun dulu...Pn Maryati dan Pn Herlyna di Kajang ...allhamdulillah lama tak bersua ...raya-raya merapatkan silaturrahim walaupun kadang kala bercontact jugak via FB n sms....

Sunday, August 12, 2012

al Fatihah ....


Bila dikira-kira arwah Cik Yan baru meninggalkan kami semua dalam 100 hari lebih...hari ini pula dikejutkan berita perginya arwah Pakcik Jamal ....suami kepada Acik Asiah yang berada di Perak akibat pendarahan dalam perut.Semoga acik dan anak-anaknya tabah dan sabar atas kehilangan Pakcik Jamal lebih-lebih lagi hampirnya dengan Aidilfitri..al Fatihah !

Gambar ni masa kat kenduri Faizal di Mersing bulan 6 dulu...kali terakhir jumpa Pakcik Jamal....moga ditempatkan dikalangan orang beriman amin !

Friday, August 10, 2012

Projek Kerepek Raya

Projek Kerepek Raya ni telah berjaya ngan jayanyaa...sebanyak 22 kilo kerepek pisang ..20 kilo kerepek pedas dan 15 kilo batang buruk telah habis dijual dalam masa 30 minit sahaja.....tahun depan tingkatkan pengeluaran ..itupun jika ada ruang waktu serta kegigihan di bulan Ramadan ....