Wednesday, January 28, 2009

Munajatku PadaMu..

Munajat ku padaMu….

Ujian apakah ini yang Kau berikan padaku…
Mengapa aku yang terpilih untuk ujian ini…

Ujian yang berlalu dulu amat berat untukku…
Allah berikan kekuatan dan ketabahan untukku…
Lalu aku mampu hadapi ujian itu ….Allahamdulillah…!!

Namun Allah menguji aku lagi….
Kali ini ku aku harus membuat pilihan …
Aku tak tahu….
Samada pilihan yang akan di buat betul ataupun tidak..
Kadang aku rasa yakin dengan pilihan yang aku buat…
Namun kadang jua aku rasa gentar..resah ..atas pilihan itu…
Benarkah pilihan yang aku lakukan…
Jika tersilap langkah bagaimana…..

Ya Allah…Mengapa ujian ini datang padaku…
Bukankah aku tahu diriku semampu mana untuk hadapi..
Tapi ujian ini sesungguhnya aku tak mampu untuk hadapi…
Ingin kubiarkan sahaja ia berlalu…
Namun suara manusia kadang membuatkan aku terfikir…
Mungkin kah kau akan menyesal bila ia berlalu pergi…
Mungkin ini rahmat atau hikmah buat diriku atas segala ujian yang terdahulu…
Ataupun sekadar ujian hidup …
Aku tak tahu…..ya Allah !!!

PadaMu aku mengadu….
Kerana mengadu pada manusia membuat diri bertambah gelisah ..keresahan…
Hampir menjadi gila fikiran ini memikirkan hati dan perangai manusia….

Ya Allah…kau tunjukkan padaku …
Kebenaran di atas pilihan yang ku buat..
Benarkah…atau tersilapkah…
Moga Allah tunjukkan sesuatu …
Memberikan aku ketenangan dan kedamaian dalam menghabisi sisa kehidupan ini…

Aku reda atas segalanya….

Tuesday, January 27, 2009

Cuti lagi...

Cuti Tahun Baru Cina agak lama…bermula Jumaat 23 Januari hingga Selasa 27hb.Mulanya abah ngan makcik kau nak datang ke Terengganu tapi di saat akhir terbatal…aku rasa agak terkilan jugak tapi tak mengapalah lum ada rezeki lagi…Cuma adik aku Ain dari Kuantan dapat datang ke rumah ku cuti kali ini…

Majlis perkahwinan sepupu aku Mazlina …anak mak cik Leha berlangsung pada Sabtu 24 Januari 2009 di rumahnya di Kuala Ibai. Aku datang dalam pukul 11 pagi bersana anak-anak ku dan adikku Ain …ramai tetamu dikalangan guru sbb pakcik ku merupakan guru besar di SK Undang Marang ini.

Pengantin bersama famili...


Petang selepas majlisnya itu …aku jemput mak saudara adik beradik makcik aku datang ke rumah…maka 4 buah kereta serbu ke rumah aku…Aduh ramainyaa!!!

Agak lewat mereka pulang dari rumah ku kerana berkenal dan beramah tamah ngan Mr F aku ini…apa tak nya mak sedara aku ini semua banyak mulutnya…padan jugak lah ngan Mr.F tu…nantilah cerita yang dibawa pulang ke Johor untuk abah ngan makcik ku…

Esoknya ..Ahad selepas Zuhur aku bertolak ke Bandar Marang ..ke TNB untuk selesaikan bil elektrik aku yang tah apa apa…rupanya bil tu bacaan anggaran je…hehe…kena tengok semula bacaan sebenar baru boleh buat bayaran…

Aku terus ke bandar Terengganu ada urusan di LHDN…selesai semua aku terus ke umah mak cik Leha …janji ngan mak sedara nak bawa ke Masjid Kristal . Selepas asar…4 buah kereta termasuk aku mula bergerak menuju Losong …nak beli keropok lah..hehe..then terus ke Masjid Kristal du Pulau Wan Man..saksikan gambar yang diambil..Anak aku Eihab dan Einas suka sangat main-main di situ…udara yang segar dan bertiup maklum lah di tengah Sungai Terengganu…



Gambar ramai-ramai di Masjid Kristal...

Aksi anak-anak aku di Masjid Kristal...

Einas suka betul belari-lari ....


Isnin giliran di rumah pengantin lelaki di Seberang Takir ..aku dan anak-anak serta Ain …Einas tak meragam tapi Eihab asyik berlawan cakap dengan Ain…selepas penat melayan budak-budak ni aku bawa mereka ke Giant…mainlah puas-puas di tempat permainan kanak-kanak….

Eihab dan Ain


Einas dalam troli Giant...

Wednesday, January 21, 2009

Song For Gaza

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

p/s ambik dari blog adik aku...

Wednesday, January 14, 2009

Alasanku..

Sesi persekolahan baru 2009 bermula..kesibukan memburu waktu dengan kerja –kerja guru dan sekolah…mesyuarat..buku rekod..pelajar ..orientasi dan lain-lain..Aku sibuk ..tu alasan paling tepat kerana membiarkan blog ni sepi tanpa berita buat beberapa ketika…Namun beberapa peristiwa penting dalam hidupku di awal tahun baru ini...


9 Januari 2009

Merupakan hari lahir Eihab yang ke 5….SELAMAT HARI LAHIR EIHAB…Moga Allah panjang umur ..Allah berikan rahmat kesihatan yang baik…kecerdasan akal yang sempurna…anak yang soleh insya Allah !

Aku belikan sebuah basikal untuk anak kesayangan aku ini…basikal lama dia sudah patah …dia dah meminta aku belikan basikal tu berhari-hari…Allhamdulillah ada jugak rezeki untuk Eihab


10 Januari 2009

Tarikh ini merupakan ulang tahun buat aku yang ke 31 tahun…Doaku moga terus tabah ..semangat meneruskan kehidupan bersama-sama anak serta kehidupan harian…Semoga Allah permudahkan urusan aku setiap hari…insya Allah !Moga Allah buka hatiku dan beri ketenangan dalam hatiku… untuk mencari jawapan terbaik terhadap persoalan yang diberikan oleh manusia ! Ya Allah..hanya rahmat dan limpahmu aku bermohon

Friday, January 2, 2009

Ucapan...

Belum terlambat rasanya nak ucapkan …

Salam Maal Hijrah 1430
Selamat Tahun Baru 2009

Kepada semua tetamu blog ini tak kira di mana berada..jauh atau dekat..nampak atau tak nampak…
Semoga Tahun Baru hijrah 1430 ..dan 2009 menjanjikan kesejahteraan ..kesihatan ..keazaman…kebahagiaan ..ketabahan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan hidup ini ..Semoga kita dapat memberi menafaat dan kebaikan untuk orang lain…kita hidup bukan hanya untuk diri kita sendiri…

Selamat bertugas semula untuk rakan seperjuangan guru-guru yang akan mula bertugas secara rasmi 4 Januari atau 5 Januari 2009 ini …tapi hakikatnya dah bertugas lebih awal lagi ..semoga Allah berikan ganjaran yang sebaik-baiknya untuk usaha dan bakti yang dicurahkan…Amin

Sebagai satu renungan ..benarkah Allah akan berikan ganjaran kepada mereka yang membantu..meringankan penderitaan…kesakitan orang lain walaupun sehingga memudaratkan diri sendiri …sehingga diri sendiri sanggup mati untuk memberi kebahagiaan kegembiraan atau kehidupan kepada orang lain…
Aku tak mampu nak beritau apa apa lagi..kalau tuan punya diri berprinsip sedemikian….hanya Allah yang mampu memberi ganjaran atas pengorbanan yang dilakukan…

“ JIKA ALLAH MENIMPAKAN SESUATU KEMUDHARATAN KEPADAMU , MAKA TIDAK ADA YANG DAPAT MENGHALANGNYA KECUALI DIA…DAN JIKA ALLAH MENGHENDAKI KEBAIKAN ITU KEPADA SIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKINYA DAN DIALAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG…”

Semoga ada sinar bahagia buat tuan punya diri …walaupun aku sendiri masih belum mampu nak beri sinar bahagia kepada tuan punya diri…Mungkinkah patut aku beri peluang….?
Moga Allah berikan aku kekuatan ..ketabahan ..semangat untuk menangani hati-hati manusia !