Tuesday, August 10, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Sehari sebelum munculnya Ramadhan 1431h ...ada peristiwa yang amat bersejarah berlaku dalam hidupku ...lebih -lebih lagi dalam bidang kerjayaku sebagai guru.
Majlis anugerah tersebut telah berlangsung di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man atau dikenali sebagai kawasan Masjid Kristal dan telah disampaikan oleh Menteri Besar Terenganu Dato Seri Ahmad b. Said.
Sesungguhnya aku tak menyangka bahawa aku akan menerima anugerah tersebut memandangkan aku masih baru di sekolah ini...aku orang merantau di negeri orang ...tapi aku amat bersyukur ke hadrat Allah...atas segala rezeki dan pemberian yang dianugerahkan kepadaku...moga apa yang Allah kurniakan padaku menjadi titik tolak untuk lebih mencurahkan usaha dan bakti kepada anak bangsa dalam bidang pendidikan...
allhamdulillah...allhamdulillah...syukur nikmat !
Akhiran..Salam Ramadhan untuk semua yang mengenali diri ini...semoga Ramadhan kali ini lebih banyak amal dan ibadahnya....Selamat Berpuasa...



sijil yang diperolehi....
...gambo sendirik ambil sijil dengan MB tak de lagi nanti kalau ada up load yer...tungguuu !!

Sunday, July 11, 2010

Main air di Gambang Water Park...











Jalan- jalan dan main air kat Gambang Water Park...mujur ada adik aku Ain sekali..boleh layan budak2 tu...suami aku ada keja kat Kuantan...so aku drive sendiri kereta dari Kuantan ke Gambang bersama 4 buah kereta lain aitu kawan- kawan Ain dari UIAM...
Bayaran masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dalam RM 64.00 ..sewa pelampung rm 6.00 .

awal pagi sampai jam 10.00 ...main air kat situ sampai jam 3 petang baru keluar...puaskan hati anak-anak main air..!
gambar- gambar lain ada di Facebook - ummueihab

Tuesday, June 8, 2010

Cuti Pertengahan 2010 - Jalan-jalan Kuantan

Jalan jalan di Kuantan pada awal cuti sekolah….teringin nak makan makanan arab … .So ..nama restoren ini Restoren al Jawaher – Sg Isap Kuantan …menu utama nasi arab dan makanan arab yang lain…seperti kebab , roti ala syarwarma….tapi roti syarwarma yang betul- betul macam kat Urdun dulu tak de kat sini….hai kempunan lagi aku nih…


nasi arab ayam panggang - kafsah ..sedap macam nasi arab betul masa kat Urdun

nasi mandi ayam zafran - sedap jugak ...wangi...
einas main chak..chak..
syawarma kat kedai ini ...tak menepati citarasa syawarma kat Urdun...
ain makan roti ala syawarma...


Friday, June 4, 2010

Eihab dapat no 1 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 utk 6 tahun

markah bahasa inggeris -93
markah bahasa melayu 100
markah matematik 100..

Allhamdulillah...syukur ke hadrat Allah...Eihab dapat keputusan no 1 untuk pelajar 6 tahun di sekolah Pasti Taman Safiah Murni...moga Eihab dapat mengekakal kecemerlangan untuk peperiksaan akhir tahun ...moga jadi anak soleh...rajin solat.. mengaji n belajar Amin !

Tuesday, April 6, 2010

Doa dan Ingatan ...

Al fatihah ..

buat arwah suami Abd Hafiz Kamil yang telah genap 2 tahun kembali ke rahmatullah...pada malam Jumaat 3 April 2008 jam 8.20 mlm...

buat arwah mak ...yang telah 3 tahun kembali ke rahmatullah...pada 12 Mac 2007 jam 1.10 petang...

Moga mereka bersama roh orang -orang yang beriman...aman dan tenang di dunia yang abadi kekal di sana...

Sunday, February 28, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 telah diberikan kepadaku dari SMKA Durian Guling.Walaupun aku rasakan aku belum layak untuk menerimanya kerana aku baru je berkhidmat di sekolah itu lebih kurang 2 tahun...mungkin rezeki aku ada di sini.Anugerah ini merupakan anugerah yang pertama semenjak aku menjawat jawatan sebagai PPPS bermula tahun 2003 sehingga sekarang.Allhamdulillah....syukur atas nikmat dan kurniaan Allah ! Amin ..

Saturday, February 27, 2010

Kenduri Kesyukuran Pengasuh Einas - Mama Cik La

Kenduri kesyukuran pengasuh Einas - mama Cik La ...mama Cik La menjaga Einas sejak umur 3 bulan sehingga 2 tahun 3 bulan....Raya Cina baru ni Einas dah duduk ngan pengasuh lain...

Wednesday, February 17, 2010

Walimah di Mersing

Walimah anak kepada pengasuh Eihab masa dok kat Mersing 2003-2007 dulu...kiranya abang angkat pada Eihab...walaupun jauh tapi sekali sekala biarlah kita luangkan masa bersama ngan mereka yang pernah berjasa pada kita masa susah...sedih dahulu...


Tahniah kat abang Suhai n pasangnya....
ada majlis cukur untuk anak sedara mereka...
ketika bertandang di umah pengantin perempuan

Friday, February 5, 2010

Soalan TOV PMR n SPM 2010

Makluman pada kawan-kawan yang mahu download soalan TOV PMR n SPM Terengganu 2010 sila lawati laman web www.smkadg.bpi.edu.my

Monday, February 1, 2010

Zikir - Perlindungan Dari Sifat Lemah, Malas Dan Sebagainya


Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w selalu berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ وَ الْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.


Maksudnya "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan keduka-citaan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang penindasan orang-orang.

Saturday, January 9, 2010

Selamat Hari Lahir Eihab !

Hari ini hari lahir Eihab yg ke 6 tahun....moga jadi anak yg soleh...dengar kata ummi n abah...rajin belajar..jangan tinggal solat n baca al Quran....


sukanya dapat kek....

potong kek..adiknya Einas tak sabar nak makan....

Tuesday, January 5, 2010