Sunday, February 28, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 telah diberikan kepadaku dari SMKA Durian Guling.Walaupun aku rasakan aku belum layak untuk menerimanya kerana aku baru je berkhidmat di sekolah itu lebih kurang 2 tahun...mungkin rezeki aku ada di sini.Anugerah ini merupakan anugerah yang pertama semenjak aku menjawat jawatan sebagai PPPS bermula tahun 2003 sehingga sekarang.Allhamdulillah....syukur atas nikmat dan kurniaan Allah ! Amin ..

Saturday, February 27, 2010

Kenduri Kesyukuran Pengasuh Einas - Mama Cik La

Kenduri kesyukuran pengasuh Einas - mama Cik La ...mama Cik La menjaga Einas sejak umur 3 bulan sehingga 2 tahun 3 bulan....Raya Cina baru ni Einas dah duduk ngan pengasuh lain...

Wednesday, February 17, 2010

Walimah di Mersing

Walimah anak kepada pengasuh Eihab masa dok kat Mersing 2003-2007 dulu...kiranya abang angkat pada Eihab...walaupun jauh tapi sekali sekala biarlah kita luangkan masa bersama ngan mereka yang pernah berjasa pada kita masa susah...sedih dahulu...


Tahniah kat abang Suhai n pasangnya....
ada majlis cukur untuk anak sedara mereka...
ketika bertandang di umah pengantin perempuan

Friday, February 5, 2010

Soalan TOV PMR n SPM 2010

Makluman pada kawan-kawan yang mahu download soalan TOV PMR n SPM Terengganu 2010 sila lawati laman web www.smkadg.bpi.edu.my

Monday, February 1, 2010

Zikir - Perlindungan Dari Sifat Lemah, Malas Dan Sebagainya


Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Rasulullah s.a.w selalu berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ وَ الْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.


Maksudnya "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan keduka-citaan, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang penindasan orang-orang.