Tuesday, January 27, 2009

Cuti lagi...

Cuti Tahun Baru Cina agak lama…bermula Jumaat 23 Januari hingga Selasa 27hb.Mulanya abah ngan makcik kau nak datang ke Terengganu tapi di saat akhir terbatal…aku rasa agak terkilan jugak tapi tak mengapalah lum ada rezeki lagi…Cuma adik aku Ain dari Kuantan dapat datang ke rumah ku cuti kali ini…

Majlis perkahwinan sepupu aku Mazlina …anak mak cik Leha berlangsung pada Sabtu 24 Januari 2009 di rumahnya di Kuala Ibai. Aku datang dalam pukul 11 pagi bersana anak-anak ku dan adikku Ain …ramai tetamu dikalangan guru sbb pakcik ku merupakan guru besar di SK Undang Marang ini.

Pengantin bersama famili...


Petang selepas majlisnya itu …aku jemput mak saudara adik beradik makcik aku datang ke rumah…maka 4 buah kereta serbu ke rumah aku…Aduh ramainyaa!!!

Agak lewat mereka pulang dari rumah ku kerana berkenal dan beramah tamah ngan Mr F aku ini…apa tak nya mak sedara aku ini semua banyak mulutnya…padan jugak lah ngan Mr.F tu…nantilah cerita yang dibawa pulang ke Johor untuk abah ngan makcik ku…

Esoknya ..Ahad selepas Zuhur aku bertolak ke Bandar Marang ..ke TNB untuk selesaikan bil elektrik aku yang tah apa apa…rupanya bil tu bacaan anggaran je…hehe…kena tengok semula bacaan sebenar baru boleh buat bayaran…

Aku terus ke bandar Terengganu ada urusan di LHDN…selesai semua aku terus ke umah mak cik Leha …janji ngan mak sedara nak bawa ke Masjid Kristal . Selepas asar…4 buah kereta termasuk aku mula bergerak menuju Losong …nak beli keropok lah..hehe..then terus ke Masjid Kristal du Pulau Wan Man..saksikan gambar yang diambil..Anak aku Eihab dan Einas suka sangat main-main di situ…udara yang segar dan bertiup maklum lah di tengah Sungai Terengganu…



Gambar ramai-ramai di Masjid Kristal...

Aksi anak-anak aku di Masjid Kristal...

Einas suka betul belari-lari ....


Isnin giliran di rumah pengantin lelaki di Seberang Takir ..aku dan anak-anak serta Ain …Einas tak meragam tapi Eihab asyik berlawan cakap dengan Ain…selepas penat melayan budak-budak ni aku bawa mereka ke Giant…mainlah puas-puas di tempat permainan kanak-kanak….

Eihab dan Ain


Einas dalam troli Giant...

No comments: