Munajat ku padaMu….
Ujian apakah ini yang Kau berikan padaku…
Mengapa aku yang terpilih untuk ujian ini…
Ujian yang berlalu dulu amat berat untukku…
Allah berikan kekuatan dan ketabahan untukku…
Lalu aku mampu hadapi ujian itu ….Allahamdulillah…!!
Namun Allah menguji aku lagi….
Kali ini ku aku harus membuat pilihan …
Aku tak tahu….
Samada pilihan yang akan di buat betul ataupun tidak..
Kadang aku rasa yakin dengan pilihan yang aku buat…
Namun kadang jua aku rasa gentar..resah ..atas pilihan itu…
Benarkah pilihan yang aku lakukan…
Jika tersilap langkah bagaimana…..
Ya Allah…Mengapa ujian ini datang padaku…
Bukankah aku tahu diriku semampu mana untuk hadapi..
Tapi ujian ini sesungguhnya aku tak mampu untuk hadapi…
Ingin kubiarkan sahaja ia berlalu…
Namun suara manusia kadang membuatkan aku terfikir…
Mungkin kah kau akan menyesal bila ia berlalu pergi…
Mungkin ini rahmat atau hikmah buat diriku atas segala ujian yang terdahulu…
Ataupun sekadar ujian hidup …
Aku tak tahu…..ya Allah !!!
PadaMu aku mengadu….
Kerana mengadu pada manusia membuat diri bertambah gelisah ..keresahan…
Hampir menjadi gila fikiran ini memikirkan hati dan perangai manusia….
Ya Allah…kau tunjukkan padaku …
Kebenaran di atas pilihan yang ku buat..
Benarkah…atau tersilapkah…
Moga Allah tunjukkan sesuatu …
Memberikan aku ketenangan dan kedamaian dalam menghabisi sisa kehidupan ini…
Aku reda atas segalanya….
2 comments:
Semoga Allah sentiasa melapangkan jalan yang terbaik untuk Syikin meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.. Iringan doa dari kami dikejauhan agar Syikin dan anak-anak sentiasa bahagia & gembira selalu...
terima kasih...memang rahmat Allah amat besar..bila kita memohon Allah akan makbulkan...
Post a Comment