Monday, July 7, 2008

Tiada lagi kedengaran...

Malam ini bermula Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Jitra Kedah…rasa sedih dihati…tidak kesampaian hajat arwah suamiku untuk masuk bertanding peringkat kebangsaan..Peringkat negeri Terengganu wakil daerah Besut dari 2003 hingga 2006 setiap kali ke peringkat negeri pasti suaranya serak…dah memang suaranya serak-serak basah..tiap tahun yg jadi wakil Terengganu pasti anak muridnya…anak beranak Ustaz Ali. Kata suamiku “ tahun ni ( 2007 ) semua berhenti…bersara sekejap ..” kerana masuk tilawah daerah Marang tak menang pung..tak boleh ke peringkat negeri…tapi kenyataanyaa..bersara sungguh sampai bila-bilaa…tiada lagi kedengaran suaranya di medan musabaqah al-Quran di mana-mana…hanya aku yg terfikir mampukah aku mendidik anak-anak aku supaya jadi sepandai ..secerdik abahnya!Mampukah anak-anak aku menjadi pengganti abahnya di medan musabaqah itu..Ya Allah bantulah aku..

No comments: