Hujung minggu aku pulang ke Jertih dengan anak-anak …hujan lebat dalam perjalanan rasanya sudah mula masuk musim hujan atau tengkujuh di pantai timur ..sampai je kat umah tok bah
Eihab pun cakap “ ummi ..tok bah beli sofa baru ..”
“ Yer ke…” cepat-cepat kau naik atas rumah ….benar ada sofa warna hijau muda kat ruang tamu rumah ini…
“ Ayah Su yang nak beli sangat..nak nikoh nti…” tok bah kata..
“ Calon pun lum ada..nak nikoh gane …” ayah su jwb sambil ketawa….pakat ambik gambar belaka ngan sofa baru...
Pulang aku ziarah kubur arwah suami...rasa tenang dan damai ...lupa segala penat lelah..urusan-urusan sekolah yang belum selesai...bercakap dengan orang yang telah mati umpama cakap seorang diri..biarlah..walaupun dia tak mengiakan atau menidakkan apa yang aku luahkan...dia tahu aku datang menziarahi dirinya..rasa terlepas beban yang aku tanggung dalam minggu-minggu dulu
7 bulan sudah dia pergi...kadang aku rasa dia sentiasa disampingku walau di mana aku berada ...jauh dan hilang di mata tapi tetap utuh di hati ini..mana mungkin mudah sahaja kulupakan walaupun dia telah pergi ..tanpa muncul bayangan kelibatnya ..tanpa pandangan..tanpa kedengaran..sapaan...tanpa segalanya !
Hidup seorang dengan anak-anak memang banyak cabaran dan dugaan...Allhamdulillah aku mampu teruskan hidup ini dengan anak-anakku...rutin hidup pun berjalan lancar..aku tak susahkan orang lain dan orang lain pun tak susahkan aku...tapi aku tak lari dari pertanyaan yang agak mengetarkan hati ini...
kalau orang bertanya
" tak sunyi ke..." - aku ada anak-anak...dan aku ada Allah
orang akan bertanya lagi
" agak-agak kalau ada nak jadi pengganti camana " - aku senyum..lum masa untuk difikirkan..aku lum boleh terima apa yang terjadi...aku lum boleh lupa apa yang berlaku...aku tak mampu lagi...
orang terus bertanya
" sampai bila...?? yang pergi biarlah...dia sudah berbahagia di sana kita yang kat dunia ini..."- aku cuma jawab biar lah ! Aku bahagia jugak ngan anak-anak aku ! kalu bab ini disentuh oleh sesiapa aku hanya masuk telinga kiri ..keluar telinga kanan...Orang tak akan faham dan aku malas nak memahamkan orang hanya aku kata
" biarlahh masa menentukan...Pahit manis aku telan sendiri..."
4 comments:
kak syikin seorang wanita yang kuat, tabah...semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup kak syikin dan anak-anak...
syukran...insya allah Amin !
berat mata mandang berat lagi bahu memikul...kuatnya ko kin...kyan baru kehilangan shbt masa sekolah.. koma lepas bersalin ank ke6..kita terasa sedih..suaminya, ank2nya lagilah..
terima kasih kak yan...selalu lah masuk blog nih...sampaikan salam buat warga SMKTA
Post a Comment