Teringat satu salah satu wasiat Imam Al Ghazali..
Apabila didatangi dengan pelbagai ujian, tidak kira besar mahupun kecil, bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik, hati mestilah terus terkenang-kenang dosa-dosa yang di lakukan.
Adakah ujian demi ujian yang datang itu adalah untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku supaya lebih soleh ataupun solehah?
“Wahai Tuhan ku, kalau beginilah hukumanmu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya daripada diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambamu Ya Allah.”
Apabila hati berkata begitu, secara tidak langsung timbul keinginan mengadu ke sana ke mari ataupun mengeluh dengan setiap kesusahan.
Reda dengan setiap ujian yang datang. Elakkan daripada menyanggah ataupun mengeritik Allah. Kita perlu yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu, kita menerima pelbagai rintangan dan halangan dengan rasa lapang dada.
Malah, hati yang mencintai Allah menjadikan setiap ujian bukan sebagai masalah lagi. Insya-Allah, hati kita dapat berhibur dengan dugaan yang datang kerana kita tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah kepada kita.
Semakin berat ujian yang menimpa diri, maka sekencang itulah ibadah kita kepada ALlah. Semoga diri kita semakin dekat dengan Allah, sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat bermunajat kepada Allah.
Lama rasa tak de tazkirah dalam blog nih...teruk+ malu jugak asyik dunia sahaja yang dikejarnya ! Insafilah diri...
No comments:
Post a Comment