Kesibukan memburu waktu …tak sedar dah seminggu berpuasa ...masa seumpama terlalu singkat dan cepat berlalu di bulan Ramadhan ini ..tahlah…perasaan aku je kot! Minggu ni dan minggu depan akan bertambah sibuk..sibuk penandaan kertas Syariah SPM ..sibuk mesyuarat sekolah…aduh! bulan puasa pung mesyuarat sampai kul 3.30 petang…semalam..hari ini dan esok...dunia..dunia !
Kesibukan aku akan bertambah…dengan pulang ke Jertih minggu ini...larat ke nak bawak kete 2 jam ke Jertih kamis ini ..moga anak-anakku tak meragam dalam kereta …Ya Allah permudahkan urusan hambamu!
Maaf tak sempat membalas sms seorang kakak kenalan baru…dulu dia mengajar di Johor Bahru 10 tahun…tapi sudah berpindah ke Terengganu sebab nasibnya sama sepertiku …suaminya meninggal ..Cuma bezanya accident..suaminya ustaz dan dia guru fizik..Persoalan yang diberikan buat aku berfikir agak lama…
“ satu soalan yang agak sesuai untuk Shikin jawab …jika isteri yang kematian suami..kemudian isteri tersebut berkahwin semula selepas kematian suami …maka isteri tersebut tidak akan dapat bersama suami pertamanya di akhirat ..betul ke ? “
Lalu semalam baru kubalas sms tersebut....
” setahu saya ...Rasulullah ada berkata ” Wanita akan jadi milik suaminya yang terakhir dikahwini di dunia semasa berada di akhirat walaupuan seberapa ramai dikawini selepas kematian suaminya yang lain...”
Persoalan tersebut pernah kutanya pada arwah suamiku ..tapi biasalah bila aku tanya persoalan macam tu suamiku akan jawab separuh je...pah tu dia akan kata nak buat apa tanya perkara macam tu kan dia ada kat depan mata lagi...mungkin waktu tu tak terlintas takdir perpisahan dan kematian ini berlaku...
Dan sekarang bila sapa-sapa yang bertanya bab-bab yang agak sukar...masalah Fikh...hadis...bacaan Quran dengan aku...dalam kepala aku hanya terlintas
” pakar rujukku dah tak de...” dan al maklum aku ni ilmu di buku bukan di dada ( tak insaf pun aku ni ) asyik bukak buku je...lembab sungguh !
Persoalan sms tu dijawab semula oleh kakak tersebut ..
” tapi banyak pendapat kata wanita berhak memilih di akhirat nanti mana mana suaminya yang mana lebih dicintai ...betul ke...? ”
Aduh! soalan ini....sila lah jawab
...bila ada depan mata jarang sekali kita menafaatkannya...
..................tapi bila sudah tiada barulah kita tercari-cari atau perlukannya...
No comments:
Post a Comment