Ramadhan kali ini tahun 1429 hijarah..hanya aku dan anak-anak aku sahaja Eihab dan Einas …Tabah lah hati dan jiwa ini menjalani ibadat puasa di bulan Ramdhan ini tanpa insan yg disayangi dan dicintai…Takdir Allah telah tentukan…jika tahun-tahun sebelum ini semenjak aku berkahwin 2003 memang tidak pernah sekali pun aku menyambut Ramadhan bersama…seperti pasangan yang lain…isteri bangun pagi masak sahur dan petang masak untuk berbuka…berbuka bersama suami tersayang dan anak-anak…Kejauhan dan tuntutan bertugas membuatkan aku tidak sekalipun bersama suamiku kecuali…ada hari-hari tertentu di mana ada kesempatan cuti dan disaat akhir Ramadhan di mana apabila persekolahan cuti awal untuk Aidilfitri.
Ya Allah ..berikanlah aku dan anak-anakku kekuatan untuk mengharungi bulan mulia ini Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat...
Hari pertama Ramadhan ..air mata mampu mengalir apabila tarikh puasa ditetapkan kuatkan aku berpuasa tahun ini...bolehkah aku melatih Eihab berpuasa...bagaimana ....bolehkah..banyak sangat persoalannya.!
Pagi hari jam 5 Eihab dah bangun ..nampaknya bersemangat nak bersahur...ataupun sudah kepuasan tidur sbb dia dan Einas tidur lepas maghrib sehingga jam 5 ini…
“ Umi kata puasa ari ini…”
“iyer..puasa nanti lepas bila subuh hingga ptg maghrib..”
“ Pagi ini baru pukul 5 boleh makan lagi...Eihab cuba puasa sampai pukul 10 pagi atau 12 yer...sbb dah janji ngan kawan-kawan berpuasa kat taska “
Aku tak taulah dia faham atau tak apa yang aku cakapkan...kadang sedih sekali tengok Eihab...aku jua yg melatih dia berpuasa...dulu masa mula-mula kenal Alif Ba Ta pun aku yg perkenalkan...sesekali abah dia balik cuti..abah dia pula yang ambil alih kenalkan Alif Ba Ta...dan Eihab boleh kenal ,hafaz ,beza..dan tulis Alif Ba Ta..
Bacaan Quran pula...bergetar hatiku bila mengingatkan perkara ini.Dulu aku memang mengharapkan abahnya yang akan mengajar al-Quran selepas Eihab mengenal Ali Ba Ta tersebut...tapi akhirnya aku jua yang akan meneruskan didikan tersebut...Ya Allah bantulah aku! Takut aku jika tidak dapat menunaikan tanggung jawab yang wajib ini terhadap anak-anakku...
Allhamdulillah...Eihab sekarang dah hafaz baik al-Fatihah dan ayat- ayat lazim yang pendek..bacaan Yasiin boleh lah dalam 5- 10 ayat...
Aku tulis entri ini disekolah...hari ini waktu persekolahan macam biasa ..esok bermula waktu bulan Ramadhan...awal sikit pulang jam 2.30 petang...ada tadarus selepas solat Zuhur...Guru-guru perempuan biasalah bulan Ramadhan ini sudah bermula tanya-tanya nak makan apa buka...buka buku resepi..biasalah..Ramadhan dan Aidilfitri..
Aku ingin tunggu reaksi Eihab berpuasa hari ini...dan nanti petang berbuka bersama anak-anakku...resepi apa? Tahlah...biar sederhana..!
Cuma satu je persoalan aku ketika ini...air mata ini menglirkah..bila berbuka nanti...kalau dulu berpuasa dan berbuka jauh dari suami tapi kejauhan sementara...tapi Ramdhan kali ini dan seterusnya...kejauhan yang Abadi!
No comments:
Post a Comment