Monday, July 21, 2008

Mungkin ada hikmahnyaa...


Salam

Hari ini aku merasakan ramai yang merhatikan aku disekolah..mungkin perasaan aku je..tapi taulah mungkin pengacau sms haram tu ada di sekolah aku..hanya Allah je yang tahu..
Pulang dari sekolah ..ada tamu datang di rumah ..nasih sudah seperti aku ..kehilangan suami tersayang..Cuma bezanya dia bersama dengan suaminya selama 13 tahun..anak 6 orang..10 tahun mengajar di Johor ..arwah suaminya meninggal kemalangan..bila dah tiada terus dapat pindah balik kg di Terengganu...agak sebak pertemuan ini..berkongsi rasa kehilangan...dia kata aku ini tabah ..dan cekal menghadapi dugaan ini ..kalau nak dibandingkan dirinya..benarkah..??
Mungkin dari segi luaran..tapi dalaman aku sentiasa meratapi kehilangan suamiku yang tersayang...berdosakah aku! Kadang kala aku tertanya-tanya ..mengapa dan kenapa ini semua terjadi padaku? Kenapa tidak beri peluang untukku hidup bahagia bersama dengan suamiku ...mengapa perlu dia pergi dulu....mengapa....?? Ya Allah..ampunilah dosa ini andai aku meragui ketetapan yang telah Kau tentukan buat hamba-hambaNya ..kerana Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini..Amin!

No comments: