Wednesday, December 17, 2008

Cuti di Mersing...

14 Disember 2008

Aku mulakan cerita perjalanan dari Muar ke Mersing…tujuan sebenar pergi Mersing ialah ziarah keluarga pengasuh Eihab yang dulu masa aku mengajar di SMKTA ..
Sesekali balik Muar takkan tak datang umah yer..nti apa pulak dikatanya…dah lah aku boleh drive kete dari Terengganu ke KL…dari KL ke Muar..takkan ke Mersing tak boleh kan….
Aku bertolak lebih kurang jam 2.00 petang bertemankan anak-anak aku Eihab dan Einas serta adik bongsu aku yang tunggu SPM ..Laluan yang aku ambik..Bakri ke Yong Peng..then masuk highway Yong Peng ke Kulai…then Kulai ke Kota Tinggi…Aku sampai di Kota Tinggi kira-kira jam 5 petang…aku round Bandar Kota Tinggi yang banyak dah berubah.. setahun lebih tak sampai kota ini banyak perubahan yang berlaku…ada pasaraya baru –KIP Mart …Petronas dibesarkan…taman perumahan Daiman Jaya pun dah siap ..




Aku tengok air sungai sudah hampir penuh…hujan turun..sudah 2 hari…aduh..nak banjir besar ke macam tahun 2006 dulu.. Ada hajat yang sudah lama aku simpan di kota ini…yeahh…nak makan nasi goreng ayam kat Restoren Baser .Aduhh sedapnya…lama sudah aku tak makan…Dulu masa arwah suami ada ..setiap kali dia balik Mersing kami akan ke Kota Tinggi..untuk jalan-jalan dan makan nasi goreng ayam…Aku tak penah jumpa lagi nasi goreng ayam sewaktu dengannya di tempat lain..apa yang istimewa…nasi ayam tu digoreng…macam nasi goreng biasa ..ayamnya pulak goreng sekali dengan nasi…iskkk susahlah nak cerita..kalau sapa-sapa nak rasa…meh pi Kota Tinggi !
Aku teruskan perjalanan ke Tenggaroh 2….40 minit dari Kota Tinggi…hujan turun renyai-renyai….terasa kesejukkannya….Di simpang Tenggaroh…nilah tempat dimana aku mula-mula diposting 2003…jauh sangat perjalanan..masuk felda pula…jalan banyak selekoh…hati-hati aku drive kete masuk kawasan felda ini….Tiba di jambatan…waduhh air sungai melimpah…habis pokok sawit ditengelami air…dalam hati aku kata kalau lama aku kat Tenggaroh ini …banjir tak balik lah aku…
Sampai simpang Tenggaroh 2…slow-slow aku belok…tak banyak berubah kat sini…lalu depan sekolah SMKTA ini…cantiknyaaaa….banyak perubahan berlaku…hampir setahun aku tak datang sini…
Tengok rumah guru…umah yang aku duduk dulu selama 5 tahun disini…sedih rasa nak cerita pahit manis kat sini…di sinilah aku belajar banyak perkara dari segi kerja aku..sekolah dan rakan guru yang banyak beri aku pengalaman menjadi guru …
Rakan guru yang banyak membantu ..bersilaturrahim…macam-macam lagi… Rumah guru kat depan sekolah...

Akhirnya aku sampai di rumah kak Ani dan abg Shari…semua ada di rumah…Eihab malu-malu….biasalah awal –awal..tapi nanti tengok lah mesti dia tak nak balikkkk…Banyak yang dibualkan…rumah kak Ani pun cantik…tapi aku tak sempat nak ambik gambar kat umah yer…bermalam di rumah kak Ani..dan Eihab sudah tentu tidur ngan ayahnya…sudah lupa tentang aku !!!

15 Disember 2008

Awal pagi…lepas sarapan..aku pun pergi ke sekolah…saje-saje jalan…pi pejabat sekolah …jumpa Zura dan Su ..pengetua ..dan PK Hem…Banyak yang ditanya padaku…
- datang ngan sapa…? Sapa drive kete ?
- tak nak pindah balik sini ?
- tak nak pindah Muar ?
- ok tak duduk Terengganu ?
- anak-anak sihat…?
Selepas tu aku berziarah umah PK Hem jumpa isterinya Kak Nor dan anaknya Ika…aduh..sudah besar Ika…naik sekolah darjah 1 nanti…Ika ni kawan Eihab…masa aku dok depan umah dia nih...tapi Eihab tak nak pi umah dia waktu ini ..dia dok ngan ayahnya saje…Ika nih excited sangat nak jumpa Eihab..anak aku pulak jual mahal.!


Petangnya ke Mersing…hujan dan terasa sejuk…aku singgah di rumah pak sedara aku ..sebentar saje..aku terus ke Bandar Mersing beli kopok lekor ….ehhh bukan aku yang punya …pak su aku kat Muar tu yang kirim...Orang dok Terengganu takkan nak makan kopok Mersing..hehe….
Jalan-jalan tepi pantai….laut bergelora…warna macam teh susu..tidak sesuai untuk ke laut atau pergi pulau….cuaca pun mendung je…

Berlatar belakang Pantai Mersing

16 Disember 2008

Aku betolak balik jam 2.40 petang …Eihab mengamuk tak nak balik…puas dipujuk dia tetap tak nak balik….memang kena paksa dia masuk dalam kereta dan kunci…biarlah nanti eloklah dia…kejap je dia mengamuk…aku tahu dia tak puas duduk ngan ayah dan mak dia…tapi aku terpaksa balik …sejuk sangat kat sini aku tak tahan pulak…dan lagi satu aku sakit gigi….sejuk-sejuk macam ini bertambah sakit gigi aku ini…Ya Allah permudahkan perjalanan pulang..jangan aku sakit gigi masa drive sudah ler…
Aku ambil laluan Kota Tinggi –Kulai….Kulai masuk highway terus ke Pagoh…sempat aku singgah kat RR Machap….banyak dah berubah kat RR Machap ini…

Ada play ground kat RR Machap ni..


Eihab makan aiskerim kat Baskin Robin RR Machap...Rm 11.90 sebesar tu !

Selamat sampai umah jam 6.15 petang…allhamdulillah !

3 comments:

halym said...

bulan March baru ni pergi ke Penggerang hantar adik ipar menikah, lalu je kat simpang Kota Tinggi tuh, tak masuk pon..

royadly said...

dalah menjadi kesalahan memberhentikan kereta di garisan kuning seperti yg di tunjukkan pic no.3

cherita nan lalu said...

good story of kota tinggi :P