KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung selepas lemas di tasik itu pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin
Wah, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran
kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada jam 7.30 pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
yang sebelum ni....
KOTA BAHARU: Gara-gara tidak menutup pintu rumah, sepasang suami
isteri kehilangan anak bongsu mereka yang dijumpai lemas di Sungai Kuala Besar, dekat sini, petang semalam.
Nik Mohd Iqbal Azim Nik Roslan yang berusia setahun
tiga bulan, dijumpai ibunya selepas didapati hilang kira-kira 1 tengah
hari.
"Saya tidak sedar anak bongsu saya hilang ketika saya mencuci pakaian
dan dipercayai dia keluar rumah melalui pintu dapur yang tidak ditutup,"
kata ibu kanak-kanak itu,
Lini Mat Noor, 22, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Mek Mas
hari ini.
Katanya, selepas puas mencari di sekitar rumah, dia mengesyaki Nik Mohd
Iqbal terjatuh ke dalam sungai tidak jauh dari situ dan meminta bantuan
jiran untuk mencari anaknya.
Tidak lama kemudian, anak bongsu daripada tiga beradik
itu dijumpai di permukaan air dan disahkan meninggal dunia setelah
dibawa ke Klinik Kesihatan Badang.
yang sebelum ni...
JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang
dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam,
sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA
rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai,
Khamis lalu, dilakukan.
No comments:
Post a Comment