Salam…Nampaknya blog ini bersarang labah-labah je..hehe tak sempat lah nak up date alasan yang biasa aku beri
Anak aku Eihab demam minggu lepas…demamnya amat kuat..panas suhunya hampir 40’ celcius…selepas maghrib badanya mula panas..mulutnya merah…takut jugak aku kalau panasnya mendadak lebih 40 ‘ takut kena sawan !! Aku ambil air asam jawa ..basahkan tuala ..letak atas kepalanya dan dadanya….sambil aku baca beberapa ayat aku tahu…doa-doa dalam hati agar panasnya turun…aku rasa kakinya sejukkk…Eihab cakap kaki sejukk…tangan sejukkk lalu aku selimutkan badannya…Kala itu mengalir air mata ini…waktu malam-malam anakku demam panas..tak de sesiapa di sampingku…Aku tak nak menyusahkan sesiapa ..jiran ku untuk datang waktu malam…sebab waktu siang aku dah tinggalkan Eihab dengan jiran ku Kak Nah …dia sudah 2 harii tak sekolah..sebab demam…biarlah malam aku yang jaga Eihab….kalau melarat panasnya baru aku panggil jiranku itu…Aku beri Eihab makan ubat…dia baring semula…mengadu sejuk…tak mahu sapu air di kepala dan tubuhnya…sedihhh yang teramat sangattt !!!
Akhirnya menjelang tengah malam panasnya berkurangan …dia tidur dengan baik…Allhamdulillahhh !!
Esok pagi aku tinggalkan Eihab dirumah kak Nah …takut demamnya naik semula ..Memang benar jangkaan aku…hari tu kelas aku baru nak bermula jam 12.30 …kak Nah tepon aku mengatakan Eihab makin panas..terbaring sahaja….aduh macamana ini …aku terpaksa balik…tapi kelas macamana….??
Maka aku serah pada Allah moga Eihab tak larat panasnya….aku pulang awal jam 1 sebelum tamat kelas….tergesa-gesa aku bawak kereta pergi ke rumah kak Nah…susah hati aku ..terbayang Eihab kena sawan !
Sampai di rumah kak Nah ..aku lihat Eihab terbaring tapi Eihab dah mula surut panasnya...tidak merah menyala mukanya ...tapi masih lemah lagi...tidak lama kemudian dia bangun nak makan ...dan minum..sayu hatiku melihat dia...Ya Allah ..syukur aku pada Allah ! .Aku tak mampu nak kata apa-apa…cuma terima kasih kepada yang membantu aku...mungkinkah aku amat menyusahkan dirinya...tapi apa daya aku...!
No comments:
Post a Comment