Monday, May 26, 2008

Sehening pagi...

Sesudah subuh...anak anak ku masih tidur...eihab terbangun.." umi nak pegang tangan" ...manja anak ku ini...kadang aku kasihan melihat eihab dan einas..membesar tanpa abah! bagaimana sekolah nti...pasti guru dan kawan kawan bertanya " siapa nama bapa ".....haruskah anak ku menjawab " abah dah meninggal..."
ya Allah...waktu waktu begini air mata pasti mengalir...aku yang banyak memikirkan mengapa..kenapa...bagaimana..segalanya berlaku..
Selepas subuh..memang masa untuk ku muhasabah apa yang berlaku sepanjang kehidupan ku...Wahai anaku..umi akan lakukan apa yang terdaya umi lakukan buat dirimu berdua..umi kuat ..tabah cekal ini keranamu berdua...hidup perlu diteruskan walau orang yang kita sayang dah tiada disisi..
Pukul 10 pagi..pomen kereta datang..aku suruh dia service kete mana yang patut..sekarang dah jam 3 ...kete tak siap lagi..

No comments: