Monday, December 29, 2008

Perjalanan balik ke Terengganu …


25 Disember 2008

Perjalanan bermula dari Muar ke Kuala Lumpur …aku bertolak jam 2 petang…selepas susun barang dalam kete ..aduh penuh betul kat belakang macam-macam ada...bayangkan kerepek je 2 plastik besar..kueh bangkit lagi..nenas adalah 7 biji..beg baju lagi..kena jalan slow-slow nih !!Adik aku yang akan ikut balik Sahab adik yang bongsu dan Fizah adik yang baru grad UIA tu…tiada masalah perjalanan ke KL yang mengambil masa lebih kurang 3 jam ..Aku tunggu adik aku Hisham di Hentian Serdang..Kenapa ? ..Aku manalah berani lagi nak drive kat KL nih..nak pi umah dia di Bayu Tasik Kondo Permaisuri tu…bermalam di rumahnya dan aku tidur dalam terawangan bila memikirkan hari esok nak drive ke Terengganu...


26 Disember 2008


Pagi bersiap sedia nak pulang ke Terengganu...jam 9 lebih sudah bertolak...Hisham yang memandu menuju ke UIA Gombak...untuk apa..? Hisham hanya hantar aku sampai ke UIA Gombak...dan seterusnya aku akan drive sendiri ke Terengganu...

Perjalanan dari Gombak kira-kira jam 10...anak aku Einas sudah terjaga dari tidur...Ya Allah permudahkan perjalanan ini dan janganlah anak aku meragam Amin !

Lebuh raya Karak...hati-hati aku lalui...jalan agak berselekoh...agak bergetar hati aku bila selekoh di tepi penghadang jalan...janganlah ada apa-apa berlaku...Ya Allah !

Hentian pertama jam 11.30 di Lancang - disebabkan Einas menangis dan nak duduk atas riba...terpaksalah berhenti kat RR ni...rehat-rehat kejap..aku teruskan perjalanan ...tapi bila sampai RR Temerloh aku berhenti lagi...Einas meragam lagi ...Ya Allah ..moga aku sampai dengan selamat !

Ambil masa agak lama di sini..makan-makan...mandikan Einas ...aku pun teruskan perjalanan masa tu jam 1.30 petang...aduh bila nak sampai Kuantan !

Akhirnya Einas pun tidur dalam seat dia...adik-adik aku kat belakang menarik nafas lega bila dia tidur...bila Einas menangis dia tak nak duduk ngan adik-adik aku...dia nak duduk kat riba aku !Sudahnya aku nak drive macamana...adik aku tak pandai drive ..lesen je ada..aduhh !!

Kadang terlintas dalam fikiranku...harapnya jangan tayar bocor atau apa jua rosak...sapa nak tolong aku kat lebuh raya macam ini... tak pandai aku bab nak tengok kete rosak apa tah lagi kalau tayar bocor...adik-adik aku tuh..pandai naik kete je..hehe...

Aku teruskan perjalanan...target aku mesti sampai Kuantan..dan masuk ke Jabor..Allhamdulillah...akhirnya aku sampai di persimpangan Jabor setelah aku bayar tol Rm 21.00 ..aku memang nak lalu sini ..jimat masa sikit biarlah orang kata agak bahaya sebab jalannya agak kecil...dan adakalanya banyak lori...cukup berhati-hati !

Hajat aku untuk bertemu anak didikku yang kerja di RR Ceneh...aku isi minyak di Ceneh..then terus berhenti di RR sebelahnya...tapi bukan di sini anak didikku kerja..rupanya di Rr Ceneh satu lagi yang dekat dengan kem PLKN tu..aku teruskan perjalanan...Einas masih tidur ..yeah !!

Sampai di RR Ceneh nih...Einas pun dah terjaga dari tidur..mudah bukan..duduk di RR ini ..jumpa dan sembang ngan Cik Ku...minum air dan order mee sup !

Perjalanan diteruskan jam 4 petang ..aku berdoa agar Einas tak meragam..Eihab tak de masalah dalam kete...tapi macam tulah nak dikatakan baby dan budak...mana lah mampu bertahan lama duduk dalam kereta...Einas mula menangis ..aku belum pun sampai Dungun ..tapi adik aku ambil dia main-main di seat belakang... Tiba di Bukit Besi.. Einas dah mula nak duduk atas riba aku...aduh...slow-slow aku bawak kete ini...Ya Allah permudahkan ...akhirnya dia tidur ketika di Jerangau...terus ke Ajil ...dan Bukit Payong ...Allhamdulillah...syukur!


Akhirnya aku sampai jua di rumah aku ini Bukit Payong Marang ...hampir jam 6 petang...syukur kepada Allah ! Perjalanan kali pertama aku drive sendirian begitu jauh....begitu lama masanya....banyak jua ragam anak-anak..tapi semua atas izin Allah ..Allah permudahkan urusan kita seharian jika kita berserah sepenuhnya atas ketentuan dan ketetapan yang berlaku ...aku yang semakin tabah..reda atas segalanya !!

Tuesday, December 23, 2008

Aksi Menarik Sekitar Bandar Melaka..

Aku teringin sangat nak tengok perubahan yang berlaku kat bandar Melaka...kali terakhir aku pergi Melaka tahun 2006 ..pergi ngan arwah suami sebab dia nak cari kasut kat Mahkota Parade...tiap -tiap tahun memang arwah akan cari kasut kat MP ini... Semua kedai kasut kt Terengganu...Kelantan ...Johor arwah dah survey..arwah paling suka cari kasut kat MP ni...namun semua dah berlalu biarlah jadi kenangan...
Banyak yang dah berubah kat Bandar Melaka ini...aku cuma round sekitar bandar Melaka je nak tengok apa yang berubah...Contohnya laut di tambak jauh...terdirilah Eye Of Malaysia...


Eihab dan Wan di belakang Eye Of Malaysia

Mak ngah ..Fizah adik aku yang baru nak grad UIA...Wan dan Eihab

Di Dataran Pahlawan...grand stand masih ada macam dulu...kalau dulu-dulu ada persembahan Kemerdekaan pada waktu malam kat sini tapi tak taulah sekarang...

Berlatar belakang A Famosa...
Di hadapan Memorial Peristiharaan Kemerdekaan...

Einas di hadapan MP ..

Yang terbaru di sini ..Melaka Mega Mall...pusat membeli belah berstatus macam KL terletak di antara grand stand tu..kalau dulu kawasan tu lapang je kita boleh nampak MP dari Memorial Peristiharaan Kemerdekaan tapi sekarang telah dilindungi oleh kedai-kedai tu...

dan jua...Menara Taming Sari yang boleh kita naik..dan saksikan keindahan negeri Melaka...tapi aku tak naik pung..saje tengok dari jauh...

Menara Taming Sari waktu malam..

Eihab dan Wan di Stadhuys...
Akhir sekali...Masjid Al Azim ..Sebenarnya banyak lagi yang tak sempat nak tengok...contohnya Taman Rempah..Hang Tuah Mall...naik perahu susuri sungai Melaka...ala-ala Venice Italy...dan jua taman haiwan yang banyak kat Ayer Keroh...
Cukup-cukuplah aku dan anak-anak berjalan cuti kali ini...lain tahun jumpa lagi insya allah

Trip to Melaka...

Sebelum pulang ke Terengganu ..aku sempat ke Melaka ..ziarah pak cik aku di Ayer Molek kalu dulu perjalanan ke rumahnya hampir sejam lebih tapi di sebabkan ada jalan raya baru perjalanan jadi lebih cepat kira-kira 40 minit je sudah sampai Ayer Molek dari Muar...antara gambar yang sempat diambil di rumahnya


Anak pakcikku .. Danish dan Wan
Danish , Nurin , Wan dan anakku Eihab.
Nurin ..Wan dan Eihab
Pakcikku dan Danish

Wednesday, December 17, 2008

Cuti di Mersing...

14 Disember 2008

Aku mulakan cerita perjalanan dari Muar ke Mersing…tujuan sebenar pergi Mersing ialah ziarah keluarga pengasuh Eihab yang dulu masa aku mengajar di SMKTA ..
Sesekali balik Muar takkan tak datang umah yer..nti apa pulak dikatanya…dah lah aku boleh drive kete dari Terengganu ke KL…dari KL ke Muar..takkan ke Mersing tak boleh kan….
Aku bertolak lebih kurang jam 2.00 petang bertemankan anak-anak aku Eihab dan Einas serta adik bongsu aku yang tunggu SPM ..Laluan yang aku ambik..Bakri ke Yong Peng..then masuk highway Yong Peng ke Kulai…then Kulai ke Kota Tinggi…Aku sampai di Kota Tinggi kira-kira jam 5 petang…aku round Bandar Kota Tinggi yang banyak dah berubah.. setahun lebih tak sampai kota ini banyak perubahan yang berlaku…ada pasaraya baru –KIP Mart …Petronas dibesarkan…taman perumahan Daiman Jaya pun dah siap ..




Aku tengok air sungai sudah hampir penuh…hujan turun..sudah 2 hari…aduh..nak banjir besar ke macam tahun 2006 dulu.. Ada hajat yang sudah lama aku simpan di kota ini…yeahh…nak makan nasi goreng ayam kat Restoren Baser .Aduhh sedapnya…lama sudah aku tak makan…Dulu masa arwah suami ada ..setiap kali dia balik Mersing kami akan ke Kota Tinggi..untuk jalan-jalan dan makan nasi goreng ayam…Aku tak penah jumpa lagi nasi goreng ayam sewaktu dengannya di tempat lain..apa yang istimewa…nasi ayam tu digoreng…macam nasi goreng biasa ..ayamnya pulak goreng sekali dengan nasi…iskkk susahlah nak cerita..kalau sapa-sapa nak rasa…meh pi Kota Tinggi !
Aku teruskan perjalanan ke Tenggaroh 2….40 minit dari Kota Tinggi…hujan turun renyai-renyai….terasa kesejukkannya….Di simpang Tenggaroh…nilah tempat dimana aku mula-mula diposting 2003…jauh sangat perjalanan..masuk felda pula…jalan banyak selekoh…hati-hati aku drive kete masuk kawasan felda ini….Tiba di jambatan…waduhh air sungai melimpah…habis pokok sawit ditengelami air…dalam hati aku kata kalau lama aku kat Tenggaroh ini …banjir tak balik lah aku…
Sampai simpang Tenggaroh 2…slow-slow aku belok…tak banyak berubah kat sini…lalu depan sekolah SMKTA ini…cantiknyaaaa….banyak perubahan berlaku…hampir setahun aku tak datang sini…
Tengok rumah guru…umah yang aku duduk dulu selama 5 tahun disini…sedih rasa nak cerita pahit manis kat sini…di sinilah aku belajar banyak perkara dari segi kerja aku..sekolah dan rakan guru yang banyak beri aku pengalaman menjadi guru …
Rakan guru yang banyak membantu ..bersilaturrahim…macam-macam lagi… Rumah guru kat depan sekolah...

Akhirnya aku sampai di rumah kak Ani dan abg Shari…semua ada di rumah…Eihab malu-malu….biasalah awal –awal..tapi nanti tengok lah mesti dia tak nak balikkkk…Banyak yang dibualkan…rumah kak Ani pun cantik…tapi aku tak sempat nak ambik gambar kat umah yer…bermalam di rumah kak Ani..dan Eihab sudah tentu tidur ngan ayahnya…sudah lupa tentang aku !!!

15 Disember 2008

Awal pagi…lepas sarapan..aku pun pergi ke sekolah…saje-saje jalan…pi pejabat sekolah …jumpa Zura dan Su ..pengetua ..dan PK Hem…Banyak yang ditanya padaku…
- datang ngan sapa…? Sapa drive kete ?
- tak nak pindah balik sini ?
- tak nak pindah Muar ?
- ok tak duduk Terengganu ?
- anak-anak sihat…?
Selepas tu aku berziarah umah PK Hem jumpa isterinya Kak Nor dan anaknya Ika…aduh..sudah besar Ika…naik sekolah darjah 1 nanti…Ika ni kawan Eihab…masa aku dok depan umah dia nih...tapi Eihab tak nak pi umah dia waktu ini ..dia dok ngan ayahnya saje…Ika nih excited sangat nak jumpa Eihab..anak aku pulak jual mahal.!


Petangnya ke Mersing…hujan dan terasa sejuk…aku singgah di rumah pak sedara aku ..sebentar saje..aku terus ke Bandar Mersing beli kopok lekor ….ehhh bukan aku yang punya …pak su aku kat Muar tu yang kirim...Orang dok Terengganu takkan nak makan kopok Mersing..hehe….
Jalan-jalan tepi pantai….laut bergelora…warna macam teh susu..tidak sesuai untuk ke laut atau pergi pulau….cuaca pun mendung je…

Berlatar belakang Pantai Mersing

16 Disember 2008

Aku betolak balik jam 2.40 petang …Eihab mengamuk tak nak balik…puas dipujuk dia tetap tak nak balik….memang kena paksa dia masuk dalam kereta dan kunci…biarlah nanti eloklah dia…kejap je dia mengamuk…aku tahu dia tak puas duduk ngan ayah dan mak dia…tapi aku terpaksa balik …sejuk sangat kat sini aku tak tahan pulak…dan lagi satu aku sakit gigi….sejuk-sejuk macam ini bertambah sakit gigi aku ini…Ya Allah permudahkan perjalanan pulang..jangan aku sakit gigi masa drive sudah ler…
Aku ambil laluan Kota Tinggi –Kulai….Kulai masuk highway terus ke Pagoh…sempat aku singgah kat RR Machap….banyak dah berubah kat RR Machap ini…

Ada play ground kat RR Machap ni..


Eihab makan aiskerim kat Baskin Robin RR Machap...Rm 11.90 sebesar tu !

Selamat sampai umah jam 6.15 petang…allhamdulillah !

Pertunangan Sepupu

13 Disember 2008

Majlis Pertunangan sepupu aku ..anak mak ngah Lan dan pasangannya Ima berlangsung kira-kira jam 3.00 petang ...antara gambar yang sempat aku ambik...



Barang hantaran pihak lelaki dan perempuan



Abah aku yang berbaju oren jadi ketua rombongan meminang




Makcik aku tukang sarung cincin Ima ..

Tuesday, December 9, 2008

Gambar Raya Aidiladha...

Mak cik , abah , adik bongsu Sahabuddin , Einas n Eihab n aku...

Adik-adik - aku Ain , Wadah , makcik , abah , Sahabudin , Einas n Fizah yang tak de Hisham raya kat Melaka..Amin raya kat umah isterinya dan Hafiz .
Einas comelnya...

Eihab n Einas berbaju raya...



Peminat Einas ...Nani sepupu aku yang suka kt baby...

Salam Aidiladha...

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua tamu blog ini...
Semoga pengorbanan yang kita lakukan mendapat ganjaran dari Allah ...
Antara sms yang ku terima ..

INGINKU KONGSIKAN TATAPAN INI UNTUK HATIKU & HATIMU ...
MUKMIN ITU JIWANYA DAMAI ..TAK MUDAH GONCANG OLEH UJIAN ..BAGINYA UJIAN ADALAH TARBIYAH DARI ALLAH ..TANDA KASIH SAYANGNYA..JUA PENGHAPUS DOSA..BERSABARLAH BUKAN USAHAMU SIA-SIA..CUMA KEMENANGAN YANG LEWAT TIBA..
BERDOALAH PADA ALLAH MOGA DIKEKALKAN KITA DI ATAS JALAN INI DAN DIKURNIAKAN KEJAYAAN DUNIA N AKHIRAT ...MOGA SYURGA MENJADI IDAMAN KITA SEMUA...AMIN !

Sunday, December 7, 2008

Majlis Kesyukuran Aqiqah - Farhan Yusof


Semalam adik aku Amin buat Majlis Kesyukuran Aqiqah anak dia yang pertama Farhan Yusof. Majlis diadakan di umah keluarga isterinya ..dekat je ngan umah nih…sebelah kampung kan…Tugas memasak daging kambing di umah nih…dan yang lain-lain di umah keluarga isterinya. Majlis bermula lepas Zuhur..kaum ibu membuat bacaan Yassin dan doa selamat …seterusnya majlis cukur untuk baby Farhan Yusof . Sempatlah ambil beberapa keping gambar..maaflah line down sikit gambar tak leh up load !


Tuesday, December 2, 2008

Aduhai ..kereta

Lepas mandi dan siap sarapan..aku pun capai kunci kete adik aku Hisham…aku bawak sekali Einas …Eihab tak mau ikut…lalu dia dok tengok tv dengan sepupu aku Tomok…

Aku masukkan anak kunci nak start kete tapi tak boleh start ..tersangkut..! Eh dalam hati aku berkata “ ehh macam ada yang tak kena je…”

Tetiba boleh start…aku pun hati-hati undur kete tu…sebelah kiri ada kete aku…punya hati-hati undur tengok kiri je…akhirnya…” suuuhhhh” Aku tengok kat tingkap kanan tiang kanopi dah rapat sangat kat pintu ….aduhhh ! aku berhenti kete…dan kuar kete…hasilnyaaa…..taraaaaaaaaa


Aduh..matilah aku Hisham mesti marah....ni kali pertama undur kete tergesel dengan sesuatu...nasib baik bukan kete aku !!!

Lepas tu aku terus pi pekan...nak isi minyak kete...siap pi round pekan..Sg Abong...dalam kepala asyik fikir..napalah nak jadi macam nih...tergesel kete lah...ntahlah...

Rupanya sampai kat umah lain pulak jadinyaa...aku belok je ke rumah aku nampak Eihab menangis...aduh apa pulak lah Eihab nih....slow-slow aku berhenti kat dia...Atok aku ada dengan dia memujuk..." Cermin kete nih pecah...Eihab main baling batu.." Atok aku sambung.." Alah benda nak jadi.."

Haaaaaaaaa...Sah cermin seat kiri belakang retak...retak seribu..berjuta aku tengok....



Kalau tuan kete nih masih ada ...arwah suamiku pasti dia marah gile...arwah sayang benar dengan kete nih...tak de calar atau kesan langgar langsung malah tar yang lekat kat dinding kete pun dia sanggup gosok hingga berkilat kete tu ketika dia masih ada ....kete nih dia jaga macam jaga aku jugak...yang kedua dia sayang selepas aku serta anak-anak...tapi lepas arwah pergi...aku jaga jugak kete nih bersih tapi tak sanggup lagi gosok tar kat dinding kete...tak langgar atau tergesel apa apa ..cuma ada kesan calar Eihab dan kawan-kawan dia main batu atau basikal...

Mungkin apa yang berlaku hari ni...adalah kaffarah bagi aku kot...aku fikir-fikir apa dosa aku buat 2..3 hari ini...mungkin semalam aku mengumpat kat amoi bank tu masa nak ambik pencen arwah sebab susah sangat lah nak ambik pencen tu kat Muar nih kalau kat Terengganu tak yah isi borang punggg...ataupun ada kot antara duit atau rezeki yang aku dapat tu tak bersih...tahlah..ujian dan dugaan Allah...macam dalam firmannya - "Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.." Al Baqarah 286

Ataupun...ujian yang sesuai bagiku ketika nak menghabiskan kitab La Tahzan nih..