Friday, March 16, 2012

Kisah Anak I

Dalam berita minggu akhir ni banyak cerita ttg anak ...

 KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung selepas lemas di tasik itu pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada jam 7.30 pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.


yang sebelum ni....

KOTA BAHARU: Gara-gara tidak menutup pintu rumah, sepasang suami isteri kehilangan anak bongsu mereka yang dijumpai lemas di Sungai Kuala Besar, dekat sini, petang semalam.
Nik Mohd Iqbal Azim Nik Roslan yang berusia setahun tiga bulan, dijumpai ibunya selepas didapati hilang kira-kira 1 tengah hari. "Saya tidak sedar anak bongsu saya hilang ketika saya mencuci pakaian dan dipercayai dia keluar rumah melalui pintu dapur yang tidak ditutup," kata ibu kanak-kanak itu, Lini Mat Noor, 22, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Mek Mas hari ini. Katanya, selepas puas mencari di sekitar rumah, dia mengesyaki Nik Mohd Iqbal terjatuh ke dalam sungai tidak jauh dari situ dan meminta bantuan jiran untuk mencari anaknya.
Tidak lama kemudian, anak bongsu daripada tiga beradik itu dijumpai di permukaan air dan disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang.

yang sebelum ni...
JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Al Fatihah untuk anak-anak ini...moga ahli keluarga mereka tabah n sabar atas dugaan yang menimpa....aku pun ada anak...aku pun tak sanggup hilang anak-anak  yang comel ini...sayanggg sangat kat anak-anak ini..ingat sentiasa hati-hati dan berwaspada selalu...







No comments: