Sunday, June 29, 2008

Insan yang betul..

Seorang sahabat pernah berkata -
"mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut"
tapi...aku sudah kehilangan insan yang betul dalam hidupku buat selamanya..mungkinkah ada hikmah yang tersembunyi...Ya Allah!

Suatu ingatan..

Andai diri terasa lemah,
bangunlah munajat pada Allah
dengan izinNya,yang lemah dipandang gagah
yang sedih dipandang ceria,
yang resah menjadi tenang, sedikit pengorbanan selamanya terasa.
adakalanya Dia memberi sebelum sempat kita meminta, kerana Dia
mengerti keperluan hamba-hambaNya,
adakalanya Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia
kerana Dia ingin menguji keimanan hamba-hambaNya...
Yakinlah dgn janjiNYA krn kasih-sayangNYA melebihi kemurkaanNYA ..

Friday, June 27, 2008

Pengkalan Kubur..

Pepagi lagi Einas dah bangun..aduh..tidurlah ..ari ni Jumaat ehh..tak ingat plak adik ipar ajak pi Pengkalan Kubur…Pukul 8 pagi dia sampai teruskan perjalanan ke Pengkalan Kubur…dalam hati aku berkira-kira nak beli apa yer…yeahh ..tilam dan bantal untuk baby adik aku Amin…
Pengkalan Kubur..sibuk nak mainan anak-anak aku…beli Ultraman kat Eihab dan anak adik ipar..pah tu pi kedai beg..adik ipar aku tulah meniaga beg..Gucci..LV..Coach..tah apa apa…mahal jugak dalam rm 200-300 tapi berbaloi untuk orang yg minat bergaya-gaya…dari beli yg original beribu-ribu..heheh…
Aku beli tilam dan bantal untuk bakal anak sedara aku je..pah tu balik...penat melayan budak-budak kecik nih,,,,sekarang berehat di rumah..esok balik Terengganu!

Wednesday, June 25, 2008

Anak..

Lambat aku balik hari ini…ada mesyuarat kat sekolah..sampai rumah dah pukul 5 …aduhh..penatnya…
Eihab pulak muntah kat taditaska dia…mungkin banyak sangat makan coklat ..minum air kotak coklat...aku cukup risau kalau dia muntah…nanti demam…aduhh…Ya Allah berilah kekuatan padaku untuk menghadapi semua ini….
Esok Khamis…tok umi dan tok abah..sibuk suruh balik Jertih..so minggu ni balik Jertih..minggu depan tak balik…Noren bertunang Oh ye…belum sempat nak tempah kek …esok tempah kek untuk Cik Noren ..yeah !

Sunday, June 22, 2008

Impian...

Setiap hari aku makin kalih membiasakan diri tanpa kehadirannya...sibuk dengan urusan sekolah..aku memang suka ngan sekolah ni ..SMKA Durian Guling ..mungkin Allah dah tentukan takdir aku dengan anak-anak begini...5 tahun usia perkahwinan aku..5 tahun dok berjauhan...sesekali je boleh berjumpa...5 tahun berusaha untuk hidup bersama..berpindah ..namun bila dapat pindah...beli rumah sendiri ..dia pun pergi..Allah lebih sayang pada suamiku...walau aku dan anak-anaku sayang padanyaa....maka hanya aku dan anak-anak di rumah impian ini..Segala yang ada di rumah ini adalah impian suamiku..hasil sentuhannyaa...

Saturday, June 21, 2008

Allhamdulillah...

Pulang ke jertih...menjengok tok kedua anak-anak aku...sempat ziarah kubir arwah.." amat sukar untukku terima kenyataan ni abang...berilah kekuatan untukku dan anak-anak kita..permudahkan segala urusan..Amin " Tabahlah wahai diri...
aku bertolak balik ke terengganu ..perjalanan dan anak-anak tiada masalah..singgah di Giant - beli barang yang patut..yeahh beli walker untuk einas!

Friday, June 20, 2008

Kepulangan..

Bismillah...pagi ini aku akan memulakan perjalanan ke Jertih...2 minggu lebih tak ziarah kubur arwah suamiku....sudah hampir 80 hari suami ku pergi...
anak-anak aku pun nak jumpa tok dia...tok dia baru balik dari Sabah...moga perjalanan tanpa ragam dari anak-anakku..insya Allah

Thursday, June 19, 2008

Seorang isteri...kehendak si suami..

Seorang sahabat bercerita .." isteriku tak berubah langsung...masih pakai tak berwarna warni...susah nak menegur atau beramah tamah ngan orang lain..." > adakah faktor untuk mencari yang kedua! tapi kalau hati dah suka pada orang kedua..isteri dah berubah pun tak de apa apa...

Wednesday, June 18, 2008

Kembali....

Sudah lama aku tak menulis ...tak sempat ..sibuk...ntah lah..tapi yang pasti aku tak sedia nak menulis....selepas ini aku akan setia menulis kembali...insya allah