Monday, May 23, 2011

Sijil Faraid

22 Mei lalu aku telah ke Mahkamah Syarie Marang untuk dapatkan sijil faraid ttg harta arwah Hafiz ...sebenarnya untuk tukar nama kereta sahaja tetapi pihak Amanah Raya mahu sijil faraid. Sebelum itu pihak mahkamah telah meminta aku membawa 2 saksi ...lalu aku telah menghubungi keluarga arwah - minta mak dan abahnya datang sebagai saksi.
Pengalaman masuk dewan mahkamah dan berdepan serta bersoal jawab depan hakim....
semasa sebutan kes - antara soalan yang Tuan Hakim tanya ialah :
- sebab apa datang mahkamah
- apa hubungan dengan si mati
- bila arwah meninggal
- mak dan ayah arwah ada lagi atau tidak
- ada anak berapa orang

soalan tu aku boleh jawab dengan mudah allhamdulillah...

kemudian masuk dalam kamar - di situ ada Tuan Hakim panggil bersama bersaksi ..soalan yang ditanya
- keja apa - aku ckp guru
- sekolah mana - smka durian guling
- ajar mata pelajaran apa - bat dan pendidikan syariah islamiah
-alamat rumah apa ...
- arwah meninggal bila...
- sakit apa...

Tuan Hakim bersoal jawab dengan saksi pulak iaitu mak dan ayah arwah ....walaupun Tuan Hakim kenal dengan ayah arwah tetapi Tuan Hakim ni tetap menjalankan tugasnya dengan bagus sekali ...

soalan terakhir - Tuan Hakim tanya ttg pembahagian harta pusaka ...kalau suami mati tinggalkan isteri - 2 anak - ibu n ayahnya masih hidup ...so berapa pembahagiannya
soalan itu sudah tentu ditujukan pada aku....
aku jwb lah...dlm hati harap2 betul...isteri dapat 1/8 ...ibu 1/6 ...ayah 1/6 dan anak -asobah ..

Fuhh....cepu emas betul soalan tu....Tuan Hakim pun ckp mujur dapat jwb ...dia tambah dulu ada cikgu Matematik ..disuruh kira pembahagian faraid tak tau ...bla...bla...
dia kata dah belajar ..boleh lah ajar pada orang lain..allahamdulillah....

selesai urusan....

pengajaran -
siapa sangka Tuan Hakim soal soalan macam tu...mungkin menguji aku sebagaimana aku beritau aku mengajar BAT dan PSI....
mengingatkan aku pada arwah yang amat pandai dalam bidang faraid ...aku sahaja tak mampu nak tandingi ilmunya...al - Fatihah untuk arwah Abd Hafiz Kamil...


-