Tuesday, August 10, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Sehari sebelum munculnya Ramadhan 1431h ...ada peristiwa yang amat bersejarah berlaku dalam hidupku ...lebih -lebih lagi dalam bidang kerjayaku sebagai guru.
Majlis anugerah tersebut telah berlangsung di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man atau dikenali sebagai kawasan Masjid Kristal dan telah disampaikan oleh Menteri Besar Terenganu Dato Seri Ahmad b. Said.
Sesungguhnya aku tak menyangka bahawa aku akan menerima anugerah tersebut memandangkan aku masih baru di sekolah ini...aku orang merantau di negeri orang ...tapi aku amat bersyukur ke hadrat Allah...atas segala rezeki dan pemberian yang dianugerahkan kepadaku...moga apa yang Allah kurniakan padaku menjadi titik tolak untuk lebih mencurahkan usaha dan bakti kepada anak bangsa dalam bidang pendidikan...
allhamdulillah...allhamdulillah...syukur nikmat !
Akhiran..Salam Ramadhan untuk semua yang mengenali diri ini...semoga Ramadhan kali ini lebih banyak amal dan ibadahnya....Selamat Berpuasa...



sijil yang diperolehi....
...gambo sendirik ambil sijil dengan MB tak de lagi nanti kalau ada up load yer...tungguuu !!