Sunday, November 30, 2008

Muar Bumi Kelahiranku...

Perjalanan ke Muar dari umah adik aku bermula jam 10.30 pagi Sabtu..lepas angkat n susun brg dalam kereta masing-masing..Eihab mengucapkan selamat tinggal kat kolam renang ..taun depan boleh mandi lagi...!!i
Aku drive kete follow adik aku slow-slow...dalam hati Allah je tahu ..aduhh drive kete di pinggir KL nih...2 tol selamat aku tembusi..nak bayar tol pung aku gabra jugak ! Akhirnya dapat jugak sampai highway ke Johor Bahru...perjalanan diteruskan tanpa masalah hanya perlu berhati-hati ...ambil line kiri jika tak memotong ..
Hisham adik aku nak berhenti di Ayer Keroh..tapi memandangkan Einas masih tido ..aku nak teruskan perjalanan ...best jugak bawak kete kat hidhway nih.. !!
Einas ada bersama dengan aku dalam kete ...dia tidur ketika masuk highway Seremban hinggalah sampai tol Tangkak...tapi dia meragam nak duduk kat riba aku ...terpaksalah drive n Einas dok kat atas riba aku !
Johor aku kembali buat kali kedua tanpa arwah suamiku...hanya aku dan anak-anak sahaja kata ku dalam hati ketika aku nampak signboard sempadan Negeri Johor...
Alhamdulillah selamat sampai di Muar dengan perjalanan tanpa henti jam 1 petang...sampai di umah abah dan adik aku Hafiz je ada...mak cik ambil giliran menjaga ayahnya yg sakit...Umah ini sudah biasa dengan keadaan ini setelah mak aku tiada Mac 2007 dulu...

Petang nya ziarah anak sedara yang baru berusia 21 hari...adik aku Amin dan isterinya Amie baru menimang cahaya mata pertama Farhan Yusof bin Noor Aminuddin ! Yang ada di rumah mertua adik ku hanya isterinya Amie..adikku sudah pulang ke KL setelah cuti selama 5 hari ketika aku berada di KL...minggu depan Sabtu ada majlis Aqiqah untuk baby ..insya Allah !

Friday, November 28, 2008

Pertemuan merapatkan ukhuwwah...

Tak tergambar apa yang boleh diciterkan bila bertemu sahabat lama yg sama-sama sekali di bumi Urdun dulu...dan ketika bersama di MPI Bangi tahun 2002 ..

Sahabat aku...Herlyna datang ke kondo adik aku bersama anak-anaknya 3 orang ..Ammar..Amin..dan Ahla..sesuai dengan namanya Ahla Adlina...memang ahla pung..
sudah terlalu lama tak jumpa Lyna..kali terakhir di MPI Bangi..hampir 6 tahun...banyak cerita yang dikongis bersama...lalu pertemuan itu menjanjikan sebuah lagi pertemuan...yeahh !!

Pagi lebih kurang 9.00 pagi Lyna ambik aku dan anak-anak selepas hantar anaknya ke taska..terus ke Tesco Ampang..kat situ menunggu Maria...atau Cik Ma dan anaknya Mawaddah...serta Umie !


Syawarma...falafil....n pizza..Rindunyaa bumi Urdun !

Pastinya dalam rancangan awal nak makan-makan syawarma kat Ampang...ditukar pulak sbb takut anak-anak aku tak selesa ...lalu beli syawarma dan lepak kat umah Maria di Ampang...
Makan-makan syawarma..sembang-sembang perkembangan masing-masing..hehe..tepon sahabat lama yang tak join sekali ..Izzah yang tak dpt perimission ...kak Salina yang sibuk berkemas sbb dapat pindah N9...Suhaila yang kat Johor Bahru...Kak Ani yang kat Melaka...Aku sempat ambik beberapa gambar..



Sempat lagi Maria promote baju Muslimah yang dia jual...so sapa-sapa berminat contactlah aku..hehe..Umie pun niaga baju jugak-Sumayyah ..Little Kahlifah...aku sempat pesan pada Umie - buat majlis akhir tahun..kalau ada masa akak akan pergi..insya Allah !
Terima kasih tak terhingga buat Lyna - bos yang atur pertemuan..dan jua..yg sanggup ambik n hantar dari umah adik aku ... Maria - sudi kami lepak-lepak kat umah dia...dan Umie jadi driver sekitar Ampang !

Moga Allah panjangkan umur kita semua...beri rezeki yang banyak...moga tahun akan datang ada ruang dan waktu kita dapat bertemu merapatkan ukhuwwah yang terjalin..walau kadang-kandang terbatas disebabkan kejauhan..kesibukan..kesuntukan masa !

Thursday, November 27, 2008

KLCC - Aksi anak- anak...

Aksi Eihab n Einas di KLCC

Einas nak pergi mana tu...?
Eihab nak balik mana tu...?

Sara pun nak bawak kete jugak ke ??

KLCC - Aquaria

Pintu masuk Aquaria..aku bersama Eihab n Einas
Bersama adik Hisham , isterinya Epit n anaknya Sara , Fizah dan sepupu Epit

Aksi yang dirakam ketika lawatan di Aquaria...

Wednesday, November 26, 2008

Aktiviti Eihab

Mandi kolam renang tulah aktiviti Eihab pagi dan petang selama dok kat umah adik aku ini...Einas cuma cecah air je...

Monday, November 24, 2008

Ahlan Wa sahlan KL !


Catatan perjalanan cuti aku teruskan dengan kedatangan adik aku Hisham ke Terengganu untuk menemani aku balik ke Kuala Lumpur…mengapa Kuala Lumpur permulaan destinasi aku kali ini…tah lah mungkin aku ingin mengubah suasana…dari tempat aku di Bukit Payong ..bandar Kuala Terengganu yang amat selesa…lancar…tidak sibuk…dan jua ingin berehat dari kerja-kerja sekolah dan yang sewaktu dengannya…

Yeah…perjalanan awal pagi pada pukul 9.00 pagi…aku drive kereta dri Bukit Payong terus melalui Jalan Kuala Berang menuju ke Kuantan…dalam hati aku berkata agak-agak pukul 11 pagi sampai ke Kuantan…Eihab dan Einas tido di awal perjalanan dan memudahkan aku memandu kereta..adik aku Hisham duduk dibelakang akan mengambil turn drive selepas Einas bangun dari tidur…

Perjalanan tiada masalah…kereta tidak banyak sangat dan cuaca pun cerah..tiada hujan…aku amat teruja kerana ini kali pertama aku drive kereta melalui Jabor ke Kuantan..dulu masa arwah suami dia sahaja yang drive kereta melalui jalan ini…

Pukul 11.15 tiba di Kuantan…terus masuk highway LPT yang terus ke Kuala Lumpur…berhenti sebentar di Gambang untuk makan dan solat..Einas pun dah bangun..lalu bertukarlah driver…aku melayan Einas di seat belakang…dan Eihab di seat depan…

Perjalanan diteruskan sehingga pukul 2 petang..time Einas tidur maka aku pun ambik giliran drive kereta…bermula dari Kuala Lipis hingga tiba di UIA Gombak…Aku amat berhati-hati melalui lebuh raya Karak ini…jalan yang banyak selekoh ..naik bukit dan turun bukit..masuk terowong Genting Sempah ...aduhh mencabar sungguhhh...Adikku kata boleh ke bawak sampai KL...heheh ..let's try...bile lagi nak rasa bawak kereta di KL..heheh...

Akhirnyaa aku tiba di UIA Gombak...huhh banyak kereta...tak mampu rasa aku drive macam ini dengan kehadiran Einas dan Eihab jika meragam dalam kereta..amat mencabar untuk kawal kereta...awasi kereta kanan dan kiri serta...awasi Einas dan Eihab...

Aku masuk kawasan UIa Gombak...ambil Fizah adik aku ini dan ...Hisham terus ambik turn drive ...dan menuju rumahnya di Bayu Tasik Kondo Taman Tasik Permaisuri...



PEMANDANGAN DARI TINGKAT 12 BAYU TASIK KONDO


Perjalanan ini merupakan pengalaman buat aku yang baru mula drive kereta bulan Mac 2008 ini...kali pertama drive kereta keluar dari Terengganu melalui Lebuh Jabor...masuk Kuantan...melalui Lebuh Raya Karak...hingga sampai UIA Gombak...dan jua kembali ke Kuala Lumpur bersama anak-anak sahaja tanpa arwah suamiku ...seingat aku kali terakhir sampai di sini dan umah adikku ini bulan 12 tahun 2006 bersama arwah suami ..dan arwah mak aku !Sesungguhnya mahalnya pengalaman berbekal semangat ..keyakinan dan ketabahan !!

Sunday, November 23, 2008

Karenah di saat perpisahan menjelma...


Cerita cuti kali ini aku teruskan dengan kisah anak-anak didik aku …hari itu Jumaat 21hb…budak budak ini ada peperiksaan kertas Syariah 1 dan aku bertugas pagi tersebut. Awal pagi aku bertolak ke sekolah ..peperiksaan bermula pukul 8.10 pagi…hujan agak lebat.. ! Doaku agar mudah budak-budak ini jawab periksa…biar apa yang diajar tu masuk dalam periksa…Sementara peperiksaan berlangsung aku siapkan kerja-kerja terakhir sebelum cuti…dalam kepala terfikir je tentang janji aku nak bawak anak didik aku pi Giant ..sambil makan KFC..aduh…napalah aku ni cepat sangat setuju ngan ajakkan tersebut…nih ikhlas ke terpaksa !!!!
Makan KFC di Giant …jalan-jalan di Pasar Payang …duduk-duduk di Taman Syahbandar…dan bersantai-santai di Batu Buruk..semua jadi kenangan aku bersama anak didikku..walaupun menimbulkan ketidakpuashatian dikalangan anak didikku yang lain…tapi apakan daya aku tak mampu nak penuhi semua permintaan ramai !! Luahan rasa sebahagian dari mereka di pondok surau sekolah...dan dalam renungan mata mereka meminta kepastian mengapa aku pilih mereka bukan mereka yang di depan mata ini…aku tak pasti tapi mungkin adik kesayangan aku ada jawapannyaa !!!
Budak-budak nih kadangkala memberi aku kegembiraan…sememangnya aku suka melayan karenah mereka …aku anggap mereka macam adik-adik aku sahaja….walaupun aku tahu tamatnya SPM maka akan terpisahlah mereka dari aku….tiadalah lagi aku dapat menghadap muka mereka di kelas…mendengar suara mereka…gelak ketawa…dan pelbagai lagi… SPM pun bakal berakhir..doaku moga kejayaan milik mereka semuaa AMIN !

Friday, November 21, 2008

Cuti ..hujan...

Hampir seminggu cuti persekolahan berlalu…kata orang kalau cuti macam nih banyak masa terluang hingga tak tau nak buat apa ….tapi bagiku cuti yang baru seminggu ini amat padat dan memenatkan …

Selepas program Bahasa Arab di Kembara Beach Resort ..esoknya aku pulang ke Jertih bersama anak-anak…pulang kat Jertih pun sama tak de orang…Tok Mi pergi berjual di Pasar Jertih…Tok Bah kadang pi masjid…al maklum imam Masjid Hadhari Jertih….Cantik betul masjid tu macam terapung-apung di kayangan ! Dulu masjid tu biasa je..tapi disebabkan Menteri Besar dulu Idris Jusoh dan Jertih merupakan tempat kelahiran dia …maka terbinalah Masjid Hadhari Terengganu Bestari.

Urusan harta pusaka arwah suami selesai diuruskan…aku siap bank in dalam akaun Eihab dan Einas…banyaknyaaa duit budak-budak ini !!


Aku pulang ke Bukit Payong setelah ziarah kubur arwah suami…ku kata padanya aku akan pulang ke Muar…yg mana kali kedua tanpa dirinyaa !! Pulang agak lama hampir sebulan….Hanya air mata mampu mengalir…mana mungkin aku…!!!


Khamis…

Aku ke sekolah awal pagi itu…anak didik ku ada yang periksa ..ada jugak yang tak periksa..hajatnya nak serah markah akhir tahun…buat clim perjalanan ke Kembara Beach Resort baru ini…dan 2..3 orang anak didik ku datang untuk bertanya subjek Pend Syariah Islamiah...Esok Jumaat kertas 1 subjek ini

Ku panjat asrama perempuan…melawat anak didik ku …ada yang terpijak tebuan…aduh jagalah diri time exam ini…Alamak…adik kesayang aku pulak…senyum-senyum sahaja…sepatah dua kata je cakap dengan ku…Maaf deh…sibuk sikit hari ini..tak mampu berbicara panjang


Hujan masih turun sejak dua tiga hari..

aku agak risau…bagaimana Einas tinggal dengan Kak Nah jiran ku…menangis kah dia..?Pengasuh Einas belajar kereta tak dapat nak jaga hari ini…

aku agak risau tengok anak didik aku berhempas pulas ulangkaji subjek syariah ini…walaupun esok kertas 1 ..ABCD tapi..kena jawap dengan tepat dan betul !Ya Allah permudahkan urusan kami… Kertas 2 nanti kau tak de di sini...aku dah bercuti di Johor...hanya doa yang mampu kupanjatkan untuk kejayaan mereka...


Hujan-hujan macam ini bertambah aku bimbang terbayang perjalanan nak balik Kuala Lumpur 23hb nanti….adoii kalau banjir macamana!

Sunday, November 16, 2008

Musim cuti tiba lagi...

Aktiviti cuti aku bermula dengan rehat-rehat di rumah sambil menanda kertas di rumah…tapi sebelum itu..3 orang anak murid ku datang bermalam di rumah ku selepas peperiksaan SPM …hanya satu malam je..Eihab dan Einas suka sekali sbb ada ramai org kat rumah…tapi mereka terpaksa balik awal pagi sbb ada kelas tambahan di sekolah Jumaat pagi..!

Hari ini awal pagi aku bertolak ke Kembara Beach Resort Merang untuk Kem Bahasa Arab SMK Tengku Ampuan Intan .Perjalanan awal pagi tiada masalah…tiba di resort tersebut pukul 7.50 pagi..allhamdulillah !

Pengisian sehari dengan teknik menjawab di samping memperkaya perkataan Bahasa Arab berjalan lancar ..Tahniah kepada pelajar dan guru mereka kerana berjaya melaksana program tersebut ! Cuma tempat lah padaku tidak sesuai …kurang terjaga ..kesian kat anak pelajar yang berkobar-kobar untuk ber kem di musim cuti sekolah….masa-masa akan datang jemput lah aku untuk jadi fasilitator Bahasa Arab.

Lewat petang aku terus pulang tapi singgah sebentar di sekolah…hajat nak ambik buku..terjumpa adik kesayangan aku..aduh…rasa penat letih ini hilang bila tengok dia ..senyuman dia…gelak tawa dia…alahai pemalunya tapi dia berusaha membuang perasaan malu tu bila bercakap denganku..tapi suasana tak beri izin untuk ku bercakap panjang…hanya dapat ku katakan “bacalah buku…tidur awal ..exam esok !”

Bisa gugur jantungku….sabarr !! Tu anak murid yang ku anggap macam adikku sendiri…

Rasanya aku lum sedia untuk perkenalkan adik manja aku yang sorang ini..di lain waktu dan ketika…insya Allah !

Cuti seterusnya aku akan pulang ke Jertih untuk dua tiga hari...ikuti coretan cuti akhir tahun 2008 ....

Wednesday, November 12, 2008

Minggu terakhir persekolahan 2008 ..

Minggu ini minggu terakhir tapi di SMKADG ini ...

Peperiksaan akhir baru abis minggu lepas…so minggu ini adalah minggu menanda…

ni kali pertama aku rasai minggu terakhir sekolah kerja-kerja sekolah lum habis lagik….

Dulu masa dok SMKTA Mersing Johor …2 minggu sebelum cuti …periksa abis awal…markah , slip dan streaming siap …serta kerja-kerja terakhir di buat sebelum bermula cuti…cuti adalah benar-benar cuti tidak banyak fikir tentang sekolah kecuali mesyuarat awal tahun biasanya dilakukan hampir nak bukak persekolahan baru…


Tapi berbeza di sini….


aku masih menanda kertas bahasa Arab tingkatan 2 ada sekelas lagi=

MAKSUDNYA DALAM CUTI LAH KENA SERAH MARKAH !!!


markah boleh serah hingga hari terakhir 20 Nov 2008 =INGAT TU !!


analisa markah , slip markah dan streaming kelas akan dibuat awal bulan 12…so guru yang menjadi guru tingkatan 1, 2 dan 4 dikhendaki hadir ke sekolah…untuk menyelesaikan tugas tersebut..sehingga tarikh akhir iaitu 14 Disember…=

NASIB BAIK AKU BUKAN GURU TINGKATAN 1 , 2 DAN 4


mesyuarat akan diadakan 31 Disember dan pendaftaraan awal tahun =

SAMA KAT JOHOR


Esok hari akhir sekolah…

Ada yang perlu aku lakukan….

penuhkan surat berhenti tingkatan 5 anak didik aku !

minit mesyuarat panitia !

surat bayaran balik cuti separuh gaji aku yang dulu !

dan..menanda kertas !

Berakhir sudah sesi persekolahan 2008 !

Selamat berjuang....


Selamat berjuang di medan peperiksaan buat anak didikku…khas untuk pelajar tingkatan 5 Sastera 1 dan jua anak didik ku yang lain…Semoga usaha penat lelah yang dilakukan selama ini akan dicurahkan di medan peperiksaan ini…Semoga apa yang dilakukan mendapat ganjaran yang terbaik dari Allah….dan ingatlah usaha biar sehabis mungkin kerana inilah jalan untuk menentukan arah perjuangan hidup masa depan…

Adik aku yang bongsu pun ambil SPM kat SMSJ ..

Ya Allah semoga dipermudahkan ..dibukakan hijab kepada anak pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan SPM dan STPM 2008…Amin !

Tuesday, November 11, 2008

Selamat Hari Lahir Einas Mardhiah !


Hari ini genap Einas setahun...aku beli kek 2 bijik ...
satu yang gambar spiderman tu Eihab yang nak bawak taska dia...
satu lagi anak aku makan dan beri kat kawan-kawan dia jiran sebelah...
Selamat Hari Lahir buat Einas..baru setahun ..baru setapak dua berjalan jatuh ..!

Sunday, November 9, 2008

Ayat -ayat Cinta...

“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.
Aku ingin masuk ke dalamnya.Di sana aku berjanji akan mempersiapkan
segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya
kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”

Sambil teresak Aisha melantunkan ayat:
Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah
irji’ii ilaa Rabbiki
raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhulii fii ‘ibaadii
wadkhulii jannatii

(Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu
dengan hati puas lagi diridhai
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
Maka masuklah ke dalam surga-Ku.)

Ayat Ayat Cinta -
Habiburrahman Saerozi

Anak saudara baru..Farhan Yusuf

Adik aku yang ketiga Amin selamat menimang anak lelaki pertama semalam 8.20 malam Sabtu 8 November di Klang. Rasanya awal 2 minggu Amie isterinya bersalin...Tahniah ! Gambarnya ada tapi tak leh up load...nanti yer !

Abah aku dah ada 4 cuculah sekarang ...
Eihab Taufiq yang pertama...
Einas Mardhiah kedua...
Sara Afikah yang ketiga...
Farhan Yusuf yang keempat....

nanti akhir bulan 11 ini aku boleh lah jumpa anak sedara yang baru nih...tak sabar nak balik Muo...tapi kerja kat sekolah masih tak siap lagik....tolong ler tanda kertas akhir tahun nihhh...hehehe

Saturday, November 8, 2008

Dua tiga hari....

Entri ini tertulis secara tidak sengaja...tak sengaja pelik jugak yer..tah lah ..saje aku nak tulis dalam blog ini dari biarkan iyer kosong....

Khamis baru ini ada jamuan guru akhir tahun kat Permai Inn ..tapi aku malas nak cerita sbb rasa jamuan guru paling tak best sekali sepanjang 6 tahun aku jadi guru...tempat je gah..Permai Inn...tapi hampehhh....
Jamuan guru kat SMKTA dulu lagi best..bermakna ..berbaloi ..puas hati..walaupun guru yang penat..itulah yang banyak membezakan SMKADG Vs SMKTA..
Aku tinggalkan jamuan akhir tahun awal..dalam kul 4.30 !

Jumaat aku pulun menanda kertas peperiksaan akhir tahun....tapi memang sah tak siap jugakk sabar lah !

Sabtu pula aku ada kelas SPM buat kali terakhir...lambat sikit janji 8.30...ahhh aku tak leh janji 8.30..9 pagiiiii...
Banyak kertas...tips..nasihat sudah berbakul..usaha dan ikhtiar doa serta tawakkal...insya Allah kejayaaan bersama mereka !
Kelas bubar 12.15....aku melangkah ke kedai mee sup depan sekolah bersama 7 anak pelajar aku yang comel itu !

Wednesday, November 5, 2008

Sesungguhnyaa...

Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah


Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia
Takkan bisa menyentuh nikmatnya
Tanpa tulus di hatinya

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

- email dari seorang sahabat...tapi aku rasa ini mcm lagu citer Soleha tu..!

Sunday, November 2, 2008

Ujian serta Dugaan Yang Menimpa...

Teringat satu salah satu wasiat Imam Al Ghazali..

Apabila didatangi dengan pelbagai ujian, tidak kira besar mahupun kecil, bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik, hati mestilah terus terkenang-kenang dosa-dosa yang di lakukan.

Adakah ujian demi ujian yang datang itu adalah untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku supaya lebih soleh ataupun solehah?

“Wahai Tuhan ku, kalau beginilah hukumanmu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya daripada diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambamu Ya Allah.”

Apabila hati berkata begitu, secara tidak langsung timbul keinginan mengadu ke sana ke mari ataupun mengeluh dengan setiap kesusahan.

Reda dengan setiap ujian yang datang. Elakkan daripada menyanggah ataupun mengeritik Allah. Kita perlu yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu, kita menerima pelbagai rintangan dan halangan dengan rasa lapang dada.

Malah, hati yang mencintai Allah menjadikan setiap ujian bukan sebagai masalah lagi. Insya-Allah, hati kita dapat berhibur dengan dugaan yang datang kerana kita tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah kepada kita.

Semakin berat ujian yang menimpa diri, maka sekencang itulah ibadah kita kepada ALlah. Semoga diri kita semakin dekat dengan Allah, sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat bermunajat kepada Allah.

Lama rasa tak de tazkirah dalam blog nih...teruk+ malu jugak asyik dunia sahaja yang dikejarnya ! Insafilah diri...

Getarnya rasa hati ini..

Hujung minggu aku pulang ke Jertih dengan anak-anak …hujan lebat dalam perjalanan rasanya sudah mula masuk musim hujan atau tengkujuh di pantai timur ..sampai je kat umah tok bah

Eihab pun cakap “ ummi ..tok bah beli sofa baru ..”
“ Yer ke…” cepat-cepat kau naik atas rumah ….benar ada sofa warna hijau muda kat ruang tamu rumah ini…
“ Ayah Su yang nak beli sangat..nak nikoh nti…” tok bah kata..
“ Calon pun lum ada..nak nikoh gane …” ayah su jwb sambil ketawa….pakat ambik gambar belaka ngan sofa baru...

Pulang aku ziarah kubur arwah suami...rasa tenang dan damai ...lupa segala penat lelah..urusan-urusan sekolah yang belum selesai...bercakap dengan orang yang telah mati umpama cakap seorang diri..biarlah..walaupun dia tak mengiakan atau menidakkan apa yang aku luahkan...dia tahu aku datang menziarahi dirinya..rasa terlepas beban yang aku tanggung dalam minggu-minggu dulu
7 bulan sudah dia pergi...kadang aku rasa dia sentiasa disampingku walau di mana aku berada ...jauh dan hilang di mata tapi tetap utuh di hati ini..mana mungkin mudah sahaja kulupakan walaupun dia telah pergi ..tanpa muncul bayangan kelibatnya ..tanpa pandangan..tanpa kedengaran..sapaan...tanpa segalanya !
Hidup seorang dengan anak-anak memang banyak cabaran dan dugaan...Allhamdulillah aku mampu teruskan hidup ini dengan anak-anakku...rutin hidup pun berjalan lancar..aku tak susahkan orang lain dan orang lain pun tak susahkan aku...tapi aku tak lari dari pertanyaan yang agak mengetarkan hati ini...
kalau orang bertanya
" tak sunyi ke..." - aku ada anak-anak...dan aku ada Allah

orang akan bertanya lagi
" agak-agak kalau ada nak jadi pengganti camana " - aku senyum..lum masa untuk difikirkan..aku lum boleh terima apa yang terjadi...aku lum boleh lupa apa yang berlaku...aku tak mampu lagi...

orang terus bertanya
" sampai bila...?? yang pergi biarlah...dia sudah berbahagia di sana kita yang kat dunia ini..."- aku cuma jawab biar lah ! Aku bahagia jugak ngan anak-anak aku ! kalu bab ini disentuh oleh sesiapa aku hanya masuk telinga kiri ..keluar telinga kanan...Orang tak akan faham dan aku malas nak memahamkan orang hanya aku kata
" biarlahh masa menentukan...Pahit manis aku telan sendiri..."