Friday, August 29, 2008

Ramadhan rahmat dari Illahi..

Salam Ramadhan buat semua…
Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti …dari yg sebelumnya..

Daripada Abu Hurairah r.a katanya ” Rasulullah s.a.w bersabda ” Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan” Riwayat Muslim

Ramadhan Kareem....

Sunday, August 24, 2008

Persekolahan bermulaa...

Allhamdulillah..selamat kembali ke Bukit Payung…perjalanan balik tiada masalah..anak-anak pun tidak banyak karenah…

Persekolahan bermula…penyerahan markah ujian untuk pelajar ting 1 , 2 dan 4 ..serta trial tingkatan PMR …musim peperiksaan percubaan untuk pelajar SPM…Selamat Menempuh Peperiksaan Percubaan SPM untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 khasnya untuk pelajar 5 Sastera 1 …semoga berjaya!

Thursday, August 21, 2008

Sebelum berangkat pulang....

Salam...

Semalam aku pi ziarah umah kak Salina Che Omar...kenal tak..? dia dan suami mengajar di daerah Muar nih sejak posting tahun 2003 tulah yg buat aku geram sangat kat Japim ni..aku yg asal duduk Muar nih di posting ke Mersing 6 tahun dulu..bukan tak de sekolah kosong...sebab orang luar boleh mengajar kat rumah aku nih macam sekolah kak Salina tu...tah lah Allah dah tentukan segalanya...
Lama juga berada di umah kak Salina..wahh dia pakai Toyota Wish ! agaknya ustaz dia masih bergiat dalam perniagaan Shaklee kot..makin maju rasanya..!Pertemuan singkat tapi masih mesra macam dulu...barangkali cuti akan datang bertemu semula..

Pagi hari aku drive kerete ke Bandar Muar menuju ke Sekolah Tinggi …hujan renyai-renyai kadang lebat…kali ini aku ambil PTK buat kali ke 3 ...dulu selalu arwah suami yang hantar pi periksa PTK tapi kali ini..aku pi sendiri...haru dan sedih rasa!Aku calon menumpang di sini...PTK camana..hehehe gores dan menang ler!
Lepas PTK aku...jalan-jalan kt Bandar Muar..ini first time drive sendiri kat bandar ni..sejak 30 tahun ler...umur aku kan 30 tahun..dulu abah aku yg bawak kereta masa aku sekolah kat SMKA Maahad Muar...kemudian arwah suami kalau sesekali balik Muar...dan sekarang aku ! Sempatlah aku ambik gambar...tapi lembab nak up load gambar kat sini..nti balik Terengganu boleh up load gambar..

Pi beli baju raya Eihab kat Bazar Baitul Mal nti susah aku nak beli kalau dah balik Terengganu..Baju Einas dah siap tema tahun ni hijau....baju aku > pakai mana yang ada je lah...kemudian beli perencah mee bandung...mee rebus..soto beli sikit-sikit persediaan puasa dan raya...

Aku tinggalkan anak aku dengan nenek ..sebab makcik aku mesyuarat ..nasib baik dia tak menangis...budak baik Einas nih..tapi satuuuu je dia tak nak hisap botol sebab tu badan dia kecik je..!

Petang ini aku nak pi Batu Pahat..nak beli kerepek...kerepek apa..? Pisang salai...teringat KasehKami ..pisang salai JB...ni pisang salai Batu Pahat..kerepek ubi pedas..kerepek pisang...kueh bangkit...dan lain-lain lagi..aku beli sikit-sikit nti abah aku marah pulak..dia takut aku nak jual kat Terengganu..alah kalu jual pun sikit-sikit je...yaa...esok nak balik Marang Terengganu..

Wednesday, August 20, 2008

Selesai satu perkara..

Kepulangan aku ada baiknya …dari dapat jumpa abah,makcik..tok aku…mak ngah…adik-adik aku semua…dapat jugak aku tunaikan hasrat abahku untuk kemaskan barang-barang peninggalan arwah mak aku…setahun dulu mak aku telah kembali ke rahmatullah…pada 12 Mac 2007 .Aku , mak cik , mak ngah dan tok mengemas almari…banyak baju lama-lama yg masih boleh dipakai boleh sedekah kat orang lain..kemas mana yang patut…bersihkan bilik tu…Allahamdulillah selesai sudah!
Abah aku tunjukkan barang kemas arwah mak aku..
” Rantai yg berloket tu kasi kat adik aku..sapa-sapa yg kawin dulu..antara Fiza dan Ain

” Gelang ni boleh jual tukar gelang lain beri ke Einas ..”

Yang lain –lain akan jadi milik adik aku yg pempuan tu lah....untungnyaa!!

Monday, August 18, 2008

Bermain di kampung..

Salam ...suka betul anak-anak aku bermain kat kampung..jumpa ngan kawan-kawan Eihab..kawan-kawan dia sebenarnya sepupu aku...sepupu aku ramai yang kecil lagi..
Einas pun suka sebab ramai orang layan dia...tok dia pun suka dukung dia..hehe nanti kalau balik Terengganu mesti sunyi...sedih rasa!
Adik - adik pun balik..ari ni adik aku yg no 2 Isam & Epit serta Sara anak dia balik..aku baru jumpa anak dia Sara sejak dia lahir..comel sungguh!
Adik aku no 3 isterinya pun sedang mengandung anak sulung..lepas raya due date..adik aku yg ke 4 cuti sekejap je..esok yang ke 6 pula akan pulang..semua nak jumpa anak sedaranyaa Eihab dan Einas..

Friday, August 15, 2008

Sedapnya..lontong!


Agak lama aku tak menulis…sibuk! Biasalah akhir-akhir minggu persekolahan ..pelajar ada ujian dan peperiksaan percubaan PMR ...aku pun sibuk jaga periksa ...tanda kertas..habiskan tajuk pelajaran Syariah Islamiah Ting 5...aku amat berharap agar dapat berjumpa dengan kelas tingkatan 5 aku ni lepas cuti sekolah...

Masa aku menulis nih..aku dah pun berada di Muar..cuti di kg halaman sendiri ..buat apa kat kampung...Makan lontong..hehe lama sudah aku nak makan lontong! tahu tak lontong ? alah nasi himpit dengan kuah lemak sayur dan sambal kacang...sedapnyaaa!!Periksa kertas ...nanti periksa PTK pun di Muar sebagai calon menumpang!Ziarah sedara mara...pi jalan bandar Muar...seronoknyaaaa!

Monday, August 11, 2008

Kepulangan bersama anak-anak...

Salam..

Cuti sekolah bakal menjelang..hanya seminggu aku dan anak-anak akan pulang ke Muar..lama sungguh aku tak balik ke Muar ..kali terakhir aku pulang akhir bulan 12 bersama arwah suamiku sempena perkhawinan adik ku...yg ke 3
Tak tergambar rasa apa yang akan berlaku bila kepulangan kali ini...aku pulang seorang tanpa suami! hanya anak-anak sahaja...

Friday, August 8, 2008

Eihab and...ultraman!




Suka sangat eihab tengok ultraman samada kat Ceria tau vcd...aku cukup hati-hati kalu bawak dia pi mana-mana kedai yg ada jual cd..JAGA-JAGA nti dia nak beli ultraman..sabo jelah budak nih...kadang-kandang kat pasar malam pun dia tahu ada orang jual vcd ultraman...tapi yg cetak rompak..besar betul pengaruh ultraman kat anak aku !
Bukan setakat cd je..baju seluar..kasut beg sekolah pun gambar ultraman..kalau tanya nak jadi apa besar nti .." nak jadi ultraman " adoi...

Thursday, August 7, 2008

Syaaban kembali..

Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

• Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

• Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

• Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Wednesday, August 6, 2008

Pengetua baru..

Sekolahku ada pengetua baru..Ustaz Mustafa bekas lect MPTi Johor Bahru ...sudah 21 tahun duduk di Johor walaupun dia orang Terengganu...so ada perubahan baru untuk sekolah ini..aku rasa macam duduk kat Johor pulak..hehe sbb dia cara dia cakap macam orang Johor...dan stail pun orang Johor..sekali pandang macam bapak aku kat Johor...hehe sbb bersongkok tinggi...

Sunday, August 3, 2008

Demensi baru untuk teknik p & p bahasa arab..

Hari ini sekolah ku didatangi oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Terengganu. ustaz Wahid....awal-awal lagi dia cakap nak tengok p&p Bahasa arab...aduhh kelas aku ada tingkatan 2 tapi tak sempat dia nak masuk sbb dia buat perjumpaan dengan pelajar tingkatan 3..
Ada mesyuarat pulak dengan KSU ni...
-Demensi baru p&p Bahasa Arab..perubahan teknik mengajar..
-by action no by speak..
-100 A utk PMR Bahasa Arab..aduh boleh ke!!
-English vocab banyak dapat ari ni dengan KSU ..hehhe mentang-mentang dia baru balik dari Australia...
-apa yang biasa aku buat kat kelas bahasa arab - hafal perkataan...bina ayat ikut gambar..baca teks- cakap - tulis ..terjemahan..ada cara lain ker?
-Sapa-sapa ada ideaa..kongsi bersamaaa..Syukran!!

Friday, August 1, 2008

Pulang ke Jerteh..

Salam...

aku dan anak-anak pulang ke Jerteh untuk ari Jumaat dan Sabtu..