Tuesday, July 29, 2008

Paling penting...

Salam ...

Agak terasa jugak aku kali ini....tah ler aku yang terover cakap ...ataupun orang tak tahu atau tak faham apa yang aku hadapi...
” kalau ada kawan-kawan suami yang meninggal cepat-cepat minta tolong kat suami tukar nama pemilik kereta takut nanti ada masalah dengan JPJ lah ke..bank ke...”
adoi..amboi-amboi..sapa dia nak kata aku nih macam lambat bertindak fasal kereta arwah suami aku...tak penah pun dia cakap-cakap atau tegur-tegur aku apa tah lagi tanya kabar aku lepas arwah suami aku tiada...apa tah lagi nak ucap takziah...
ikutlah orang nak cakap apa....yg penting bukan orang-orang tu penting dalam hidup aku dan anak-anak ku....tak de sesapa yang nak tolong kalau kita hadapi masalah atau susah...yang ada aku dan anak-anak aku..paling penting aku tahu ada ALLAH!

Bila hati diserah kepada Allah
Tiada resah tiada gelisah
Bila apa yang diburu
Hanyalah demi mardhotillah....
Hilang rasa gundah
Hidup rasa indah
Jadikan pergantungan setiap saat ..
Agar Dia sentiasa melindungi kitaa.....

Monday, July 28, 2008

Doa Ketenangan...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk dan berilah kami rahmatmu kerana Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpesongnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.

Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.

Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Saturday, July 26, 2008

26 Julai...

Hari ini 26 Julai…

merupakan hari lahir buat arwah suamiku yang ke 30! Dan pada tarikh ini jua merupakan tarikh ulang tahun perkenalan antara kami berdua semenjak 9 tahun dulu… kami sepakat memilih tarikh ini semenjak mula kenal dulu…hanya jodoh kami tidak panjang di dunia ini…Aku redha apa jua yang terjadi…Moga Allah pertemukan kami di Akhirat sana…Amin!

Israk dan Mikraj kembali...



27 Rejab kembali lagi...

PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidilharam menuju Masjidilaqsa, kemudian mikraj ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian spiritual Rasulullah pada masa lalu, sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini...

Friday, July 25, 2008

Facebook.com...Friendster.com..

Salam..

Mungkin aku agak kebudak-budakan...tah ler...nih semua adik-adik punya kerja..aikk..macam terasa umur muda pulak yerlah dah join facebook.com dan fridster.com...hehe sila lah layari www.friendster.com/ummueihab
opss...lupa nak cakap..untuk kak syifa..blog nih lum ready untuk dilunch...sorry bukan tak nak kongsi blog..tapi tah apa-apa tah..heheh..anyway syukrann..

Wednesday, July 23, 2008

Fikir..Fikir..

Salam…

Hari ini aku pinjam buku Fikir-Fikir oleh HM Tuah…dari anak murid aku tingkatan 2.
Aku saje je pinjam tah lah…tapi aku tertarik pada kata-kata Hm Tuah ni
” hidup ada masanya macam puncak bukit..adakalanya macam kat kaki bukit...Adakalanya rasa bertuah sangat .ada kalanya hampehh....”
laba dan bala adalah asam garam hidup.Yang laba kita sambut dengan syukur..yang bala sambut dengan sabar.Mesti okay punya.Jangan sambut bala dengan marah ..memang semakin ditipa bala...Nak marah macamana sebab kebanyakkan bala bukan kita cari sendiri..Dia datang..Dia datang begitu aje...Sabor jelah...”

Rasulullah saw bersabda ” Siapa yang menghibur orang yang ditimpa musibah ( bala) maka dia mendapat pahala sama dengan penderita itu ” Riwayat Attirmidzi

Monday, July 21, 2008

Mungkin ada hikmahnyaa...


Salam

Hari ini aku merasakan ramai yang merhatikan aku disekolah..mungkin perasaan aku je..tapi taulah mungkin pengacau sms haram tu ada di sekolah aku..hanya Allah je yang tahu..
Pulang dari sekolah ..ada tamu datang di rumah ..nasih sudah seperti aku ..kehilangan suami tersayang..Cuma bezanya dia bersama dengan suaminya selama 13 tahun..anak 6 orang..10 tahun mengajar di Johor ..arwah suaminya meninggal kemalangan..bila dah tiada terus dapat pindah balik kg di Terengganu...agak sebak pertemuan ini..berkongsi rasa kehilangan...dia kata aku ini tabah ..dan cekal menghadapi dugaan ini ..kalau nak dibandingkan dirinya..benarkah..??
Mungkin dari segi luaran..tapi dalaman aku sentiasa meratapi kehilangan suamiku yang tersayang...berdosakah aku! Kadang kala aku tertanya-tanya ..mengapa dan kenapa ini semua terjadi padaku? Kenapa tidak beri peluang untukku hidup bahagia bersama dengan suamiku ...mengapa perlu dia pergi dulu....mengapa....?? Ya Allah..ampunilah dosa ini andai aku meragui ketetapan yang telah Kau tentukan buat hamba-hambaNya ..kerana Kau lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini..Amin!

Sunday, July 20, 2008

Minyak..minyakk...



Salamullahi’alaikum wbt..

Kelakar rasa ari nih..nak isi minyak aku pi Petronas kat Pengadang Baru yang biasa aku pi tu...alamak mana pekerja kat sini.." aduhh..aku mana tau isi minyak.." aku panggil budak isi minyak tu..." lambat pulak yer..."
aku buat-buat pandai...terus angkat pump minyak tu...hehe budak isi minyak tu pun datang tergesa-gesa.." kak tu untuk disel..yg sebelah tu petrol.." aduhh...malu aku.!
" saya tak pandai nak isi...awk tolong yer..." ikutlah apa budak isi minyak tu nak kata...yg penting kete aku minyak penuh..minyak..minyak ..seminggu Rm 50 kalau tak pi mana-mana ...pi sekolah dan rumah je...bila agaknya minyak nak turun...tak akan turun punyaaa...Sabar je..

Saturday, July 19, 2008

I ' m not desperate single mum...

Salam...

Moga Allah kurniakan keampunan atas salah silap kita sebagai hamba Allah...
Mungkin ini ujian Allah padaku sebagai single mum..niat berkawan aku boleh terima dengan terbuka...kawan waktu susah dan senang...aku memahami amat faham ..tapi yang buat aku tak faham ..sms malam -malam buta cakap mengarut..tak ingat isteri disebelah main sms haram dengan aku..ingat walaupun aku tiada suami aku ada maruah aku...Gila punya orang silap orang kalau nak buat aku mcm tu...dan aku bukan terdesak nak cari pengganti!!

Thursday, July 17, 2008

Kerja ..

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Wednesday, July 16, 2008

Sakit sungguhhhhh..................

Salam…

Sudah beberapa hari aku tak menulis..tak de idea hehe…

Aku ada satu cerita...terima satu sms ..katanya dia tak kenal aku ..aku pun tak kenal dia..katanya dia pinjam handset kat kedai tetiba ada number tepon aku...lalu dia sms tapi jauh di sudut hatiku ..dia mengenaliku...tanya dia tak mengaku...2 malam sms berbalas...
Akhirnya hari ini aku tau ..tertipukah aku...aduhh memang sah dia tau kisah cerita aku..Cuma aku mungkin tak kenal dia...patut ke dia dapat no telefon dari pejabat sekolah aku...untuk apa?? Sakit hati aku...Ya Allah berilah aku kekuatan..! Air mata ini hanya mampu mengalir ..dugaan apakah ini...aku tak selesa diganggu begini..aku tidak bersediaa...sudah ku katakan...aku tidak bersediaa..aku bahagia dengan anak-anak aku walaupun aku tahu ramai orang memperkatakan tentang aku...siapa mereka nak kata tentang aku..bukan kupinta jadi begini...mana logik aku tinggal dengan anak-anak sahaja tanpa suami ..tempat asing...keluarga aku di Johor..tiada sesiapa disini hanya kawan..jiran ..keluarga mertua di Jertih..
Gila kah manusia itu! ...Sunyi ..nak berkawan..sepi...nak hilangkan kebosanan..nak samakan dengan aku...selagi aku kuat..dan tabah aku boleh buat semuaa...aku ada anak-anak paling penting aku ada Allah....
Ya Allah...kau berilah petunjuk kekuatan padaku...

Monday, July 14, 2008

Kesedihan itu...

Aku beruntung dari cinta kesedihan itu, usah ditanya
Racun perpisahan buat ditelan, itu usah ditanya.

Dari rindu dalam menemukan debu di pintu rumah-Mu
Kumiliki mata menitis tangis, itu usah kau tanya.

Kenapa kau gigit bibir dan berkata: “Usah bicara!”
Sudah kugetap bibir delima ‘bgitu bercahaya, itu usah ditanya.

Di kamar kecil pengemisku, tanpa-Mu
kuderitai kesedihan dahsyat, itu usah ditanya.

Bagai orang asing, Hafiz di sepanjang jalan cinta
Aku tiba di tahap baru, namun itu usah ditanya.


Hafiz al-Shirazi, Tongue of Hidden 1988:60

Saturday, July 12, 2008

100 hari..

Khamis aku balik Jertih kenduri ke 100 arwah suamiku..

Akulah yang masih merindui segala kenangan ..moga dirimu berbahagia di alam sana..berikan aku kekuatan...ketabahan ..semangat ..kemudahan untuk meneruskan apa yang dirimu tinggalkan untuk aku...

Sabtu aku balik ke Bukit Payong...Einas asyik meragam je dalam kereta Ya Allah Mudahkan perjalanan ini...

Monday, July 7, 2008

Tiada lagi kedengaran...

Malam ini bermula Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Jitra Kedah…rasa sedih dihati…tidak kesampaian hajat arwah suamiku untuk masuk bertanding peringkat kebangsaan..Peringkat negeri Terengganu wakil daerah Besut dari 2003 hingga 2006 setiap kali ke peringkat negeri pasti suaranya serak…dah memang suaranya serak-serak basah..tiap tahun yg jadi wakil Terengganu pasti anak muridnya…anak beranak Ustaz Ali. Kata suamiku “ tahun ni ( 2007 ) semua berhenti…bersara sekejap ..” kerana masuk tilawah daerah Marang tak menang pung..tak boleh ke peringkat negeri…tapi kenyataanyaa..bersara sungguh sampai bila-bilaa…tiada lagi kedengaran suaranya di medan musabaqah al-Quran di mana-mana…hanya aku yg terfikir mampukah aku mendidik anak-anak aku supaya jadi sepandai ..secerdik abahnya!Mampukah anak-anak aku menjadi pengganti abahnya di medan musabaqah itu..Ya Allah bantulah aku..

Saturday, July 5, 2008

Ketenangan...

" Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenteram..."
( Q.s ar Ra'd 28 )

Kebahagiaan..
Ketenangan..
Kesenangan..
Keamanan sejati..
hanya dipertemukan dalam mengingati Alllah...

Cincin tersarung dijari...


Rasa lama tak menulis..sibuk sikit di Majlis Pertunangan dan potong jambul keluarga Mak Long ...Noren sudah selamat bertunang malam Sabtu lalu dengan pilihan hatinya...nampak gayanya tak lama lagi majlis kendurinya...

Wednesday, July 2, 2008

Karnival Terengganu...

Hari ini..adik aku datang dari Kuantan ..lepas sekolah pukul 3 aku terus ke Bandar Terengganu..selepas ambil adik aku ..aku terus ke Batu Buruk....ada Karnival Terengganu rupanya...Eihab suka lah main kat play ground...dah penat berjalan terus singgah rumah kawanku nak tengok baby...
Di rumah...aku pujuk Eihab makan ..dia tak nak...aku beli nasi dagang dia tak nak makan...aduhhh..napalah tak nak makan...risau aku!

Tuesday, July 1, 2008

Ya Allah...

" nak tanya apa ? cakaplah.."
" takut nanti ...cuma ada orang bertanya kalau ada orang nak jadi pengganti camana yang?"
aku tegamam...tak mampu ku jawab persoalan itu...air mata ini je yg mampu menjawab...aku menangis lagi..
suami ku baru tiada 91 hari.............
Ya Allah berilah kedamaian..kekuatan padaku..